First Anniversary

ariff-shah-zalikha-nikah

Setahun yang lepas, saya tengah sibuk dengan persiapan untuk bernikah pada keesokan harinya.

Alhamdulillah esok ulangtahun pertama perkahwinan saya. Daripada budak bujang gaji tak sampai RM3,000, saya kini:

  • Bakal bergelar bapa
  • Bekerja di sebuah Multi-National Company dari Switzerland dan boleh dikatakan sebagai pakar spare-part kapal terbang
  • Perunding cara Takaful yang mampu memberikan nasihat kewangan berguna kepada fresh graduate
  • Bakal menambahkan aset ..
  • .. dan macam-macam lagi. Nantilah saya ceritakan sikit-sikit.

Alhamdulillah. Good year for me. Tahun kedua perkahwinan nak kukuhkan apa yang dah dibina sekarang.

Kepada lelaki yang belum berkahwin, saya bagitau ni, dah kahwin nanti everything will change. Kena tabah dan sabar. Pastikan yang berubah tu adalah kepada yang lebih baik. Sepatutnya macam tu.

Terima kasih kepada teman hidup saya atas tahun pertama yang penuh cabaran ini. Insha Allah tahun kedua akan bertambah baik.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments