Fasha Sandha Kenapa Kau Dibenci?

Aku terpanggil nak buat entri ni sebab pada pandangan aku sebagai pelajar Malaysia yang tinggal kat luar negara dan tak ambil port sangat pasal artis-artis tempatan ni, macam agak hebatlah group kat Facebook I Hate Fasha Sandha. Dah mencecah 30 ribu orang ahli tu. Giler ah! Jadi kepada Fasha Sandha atau nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, mungkin memang ada sesuatu yang tak kena dengan dengan kau.

Apa yang tak kena, aku sendiri tak tau tapi mari kita tengok apa orang kata pasal kau.
Screenshot is deleted since the group is also deleted.

Apa yang aku pos kat sini hanya sebahagian je. Aku pun malas nak edit dan crop, kalau nak tengok pergi sendiri tengok kat group Facebook I Hate Fasha Sandha. Kalau orang dah bercakap-cakap ni, mungkin ada kebenaran dia dan mungkin orang saje dengki tapi kalau sampaikan 30 ribu orang join group tu, aku rasa ada la kot benda buruk pasal kau ni yang benar.

Bukan nak cakap aku ni bagus or nak jaga tepi kain kau atau sesiapa, entri ni dibuat atas sebab.. entah. Aku cuma tertarik tengok group tu berkembang cepat sangat. Macam aku cakap sebelum ni la, masa aku join tu adelah 20 ribu orang ahli, lepas dua hari dah jadi 30 ribu. Hang fikir sendiri la macam mana kan. Pada pandangan aku subjek ni sangat menarik untuk dikaji dan diterokai. haha~

Blog.ariff sponsored by

Jadi Fasha, cuba renung-renung balik apa silap ko selama nih. Yelah, manusia ni sentiasa buat silap, aku pun banyak gak buat silap tapi masih tak terlambat untuk kau berubah. Kepada ahli group I Hate Fasha Sandha, input korang memang berguna. Terima kasih banyak-banyak. Mungkin lepas ni aku blah kot (macam la korang kisah sangat kan..) dan untuk pengetahuan korang aku bukan fan atau hater kepada Fasha Sandha ni. This is purely educational sebab aku suka tengok perangai manusia macam mana.

Kesimpulan yang aku dapat dari sini:

  • Bila kita benci seseorang, kita akan nampak 1001 kelemahan dan keaiban orang itu
  • Bersikap terlalu emosional akan menampakkan kebodohan diri sendiri
  • By default, kalau dah nama group tu ada perkataan “I/We Hate” maka sesiapa yang join tu confirm la semua Hater jugak kan. Yang fans nak tunjuk baik dan jadi dewa kat situ tak payah la join kerana itu menunjukkan kebodohan diri anda.
  • Kalau dah jadi public figure, lawa/handsome tolong la jangan buat perangai macam sial. Period.

41 thoughts on “Fasha Sandha Kenapa Kau Dibenci?