5 Fasa Kekayaan yang Perlu Dikawal untuk Berjaya dalam Hidup

Kekayaan Berjaya dalam Hidup

Baru-baru ni saya mula mengikuti seorang guru baru. Beliau adalah seorang yang down to earth, start from zero macam saya 11 tahun yang lalu dan kini mempunyai pendapatan 6 angka sebulan.

Saya cuba kongsikan apa yang diajarnya dalam blog ni sekadar refresher untuk diri sendiri, mungkin juga berguna untuk pembaca lain.

Lima Fasa Kekayaan yang Perlu Dikawal untuk Berjaya dalam Hidup:

1. Penghasilan kekayaan (wealth creation)

Wealth creation adalah asas kepada wealth (kekayaan). Betullah kan. Kena buat something untuk hasilkan something. Untuk orang biasa, nak hasilkan kekayaan ni dua je cara. Pertama, bekerja. Kedua, berniaga. Dua-dua ni tak dinafikan boleh mendatangkan kekayaan, cepat atau lambat tu belakang kira.

Kalau tak buat apa-apa memang takkan jadi kaya (wealthy) kecuali kalau anda memang kaya dengan mewarisi kekayaan keluarga anda.

2. Pengumpulan kekayaan (wealth accumulation)

Bila dah lama sikit bekerja, duit dalam bank pun dah mula nampak beranak-pinak, kita mula invest. Macam saya, belilah rumah low cost sebiji. Bayar bulanan RM400, disewakan pada kadar RM800 sebulan. Dapat untung sikit-sikit.

Daripada untung tadi, dikumpulkan lagi bersama duit lebihan gaji. Naik gaji, duit lebihan pun bertambah untuk dikumpulkan. Bila dah cukup, cari rumah lain untuk investment. Ulang konsep yang sama.

Yang ni dinamakan pengumpulan kekayaan atau wealth accumulation. Basically ulang benda yang sama je.

Yang buat bisnes mungkin lain. Mungkin pada mereka pembukaan cawangan baru adalah wealth accumulation. Ataupun mungkin mereka hanya praktikkan business model yang sama untuk jenis barang yang lain dan pasarkan pada market yang lain.

Yang simpan dalam ASB atau unit trust pun sama. Tiap-tiap bulan simpan dan tiap-tiap tahun bertambah hasil daripada dividen ataupun peningkatan nilai unit kita. Kita simpan lagi dan setiap tahun nilai pelaburan bertambah hasil daripada compounding.

3. Perlindungan kekayaan (wealth protection)

Bisnes kita nak naik. Modal makin besar diperlukan untuk membuka cawangan bisnes lain dan melebarkan sayap perniagaan. Dalam kesibukan melebarkan sayap perniagaan ni, kita lupa nak protect wealth ni tadi.

Sama macam rumah. Ada rumah dah untung 50k, ada yang dah untung 70k. Tapi kita tak protect kekayaan yang telah dikumpulkan tadi. Nak protect daripada apa?

Protect daripada diri kita sendiri. Sedar atau tidak, diri kita ni kadang-kadang menjadi liabiliti kepada kekayaan kita tadi. Macam mana? Let’s say tiba-tiba kita jatuh sakit dan memerlukan RM50k cash untuk mendapatkan rawatan, contohnya pembedahan. Mana nak cari duit?

Majoriti akan mengambil langkah menjual accumulated wealth mereka tadi. Jual pulak dalam keadaan yang terdesak lalu orang yang beli pula ambil kesempatan ke atas kita dengan menawarkan harga rendah sebab kita nak pakai cash cepat.

Yang buat bisnes terpaksa guna duit pusingan modal mereka untuk bayar bil rawatan mereka tadi. Silap-silap duit rolling untuk maintain kos operasi seperti pembayaran gaji pekerja dan pembelian stok tadi pun hangus.

Yang simpan dalam ASB, mungkin ada yang dah cecah 100k tapi sekelip mata simpanan tinggal separuh sebab nak cover cost perubatan. Betul, simpanan untuk kegunaan kecemasan macam ni tapi ada cara lain yang lebih bijak, lebih-lebih lagi bila kita mampu untuk mendapatkan perlindungan.

Kekayaan yang dikumpul bertahun-tahun hilang banyak dalam sekelip mata sahaja. Ramai orang yang tersilap kat situ. Perlindungan ni walaupun nampak remeh, tapi ia adalah yang paling berguna di saat kita memerlukannya. Kalau nak tau lebih lanjut, isi form ni. Nanti saya explain.

4. Penyucian kekayaan (wealth purification)

Sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, kita wajib untuk memunaikan dua langkah penyucian harta ni. Pertama, penyucian harta pada mata pemerintah dalam bentuk bayaran cukai dan kedua, penyucian harta pada mata Pencipta kita dalam bentuk pembayaran zakat.

Lari daripada bayar cukai kalau disabitkan kesalah boleh kena denda 200-300% kalau tak silap, lari daripada bayar zakat lari berat woo… Tu dah melanggar rukun Islam. Jangan main-main. Bayar je..

5. Pengagihan kekayaan (wealth distribution)

Bagi mak ayah, derma kat tabung masjid, wakafkan tanah untuk tapak surau/tahfiz .. apa-apa jelah. Kekayaan ni kalau diberi makin bertambah. Saya rasa saya tak perlu terangkan panjang lebar kat sini.

Bila lima fasa ni kita jaga dengan betul, insya allah ada keberkatan dan kekayaan akan berkekalan. At least itu yang diajar dan apa yang saya cuba amalkan sekarang.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

23 Comments