Kenapa Farm Fresh Menjadi Pilihan Susu Segar No.1 Saya

Tak ingat bila saya start minum susu segar Farm Fresh ni, rasanya dah dekat setahun. Sebelum ni banyak gunakan jenama yang berlainan tapi sejak ada Farm Fresh memang maintain dengan brand ni je.

Apa yang membuatkan saya maintain dengan brand Farm Fresh pada asalnya adalah sebab saya tahu jenama ni adalah jenama tempatan di mana sumber susu segarnya dari ladang ternakan lembu di Malaysia sendiri. Itu point yang membuatkan saya setia dengan brand ni.

Logik la kan. Kalau nak dapat benda fresh, kita mesti cari dekat dengan sumbernya.

Ladang ternakan Farm Fresh ni terletak di Mawai Farm, Kota Tinggi, Johor dan Muadzam, Pahang. Ladang dan lembu dijaga supaya bersih dan lembu dibiarkan bebas di dalam ladang. Happy cow = high quality milk.

Lembu-lembu diberi makan rumput berkualiti yang ditanam sendiri oleh Farm Fresh. Rumput dicampurkan dengan bahan makanan lain berasaskan tumbuhan untuk memastikan kandungan nutrien dan vitamin yang mencukupi. Barulah dapat susu yang berkhasiat.

Susu daripada lembu-lembu ini diproses dan dibotolkan di kilang sebelum dihantar ke pasaraya. Keseluruhan proses ini hanya mengambil masa kira-kira 48 jam sahaja. Tak percaya? Tengok video ni macam mana mereka buat. Tak dapat dah yang lagi fresh daripada ni kecuali kalau perah sendiri.

Susu import yang kebanyakannya dibawa masuk dari Australia dan New Zealand mengambil masa sehingga dua minggu dari waktu ianya diperah sehingga ke pasaraya. Lama tu.

Mana taknya, susu import perlu diproses terlebih dahulu di Negara pengeluar dan diproses sekali lagi bila dah sampai ke Malaysia sebelum dapat dibotolkan.

Belum cerita lagi proses penghantaran dengan kapal, customs clearance dan proses penghantaran dari pelabuhan ke kilang. Semuanya memakan masa dan seterusnya mengurangkan kesegaran susu import ni.

Video ni ada terangkan secara terperinci tentang susu import. Confirm siapa yang tengok akan rasa nak bertukar jenama daripada susu import kepada susu segar Farm Fresh.

Saya dah link video pasal susu Farm Fresh dalam entri ni. Go watch it. Highly recommended. Lepas tengok semua video tu, confirm anda pun akan tukar ke jenama susu Farm Fresh.

Kepada yang dah pernah try susu Farm Fresh, apa pendapat korang?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

4 Comments