Facebook Page & Twitter Akaun: Tips Untuk Admin

Aku bukanlah pro atau apa, cuma tips ni semua datangnya daripada pemerhatian aku selama beberapa bulan ni. Harap dapat beri input yang bernilai kepada admin Facebook page dan pengguna Twitter di luar sana.

Facebook Page

  • Bilangan follower tak akan berkurang sekiranya semua adalah dalam keadaan normal.
  • Kalau boleh update status, post link atau apa-apa dengan sesuatu yang bermafaat, mudah difahami, fresh dan unik.
  • Jangan terkeluar jauh daripada topik/tujuan asal page tersebut dibuat. Ada admin page kalau boleh nak fan bertambah banyak dengan cepat, main bantai post apa-apa yang dirasakan menarik pada dia sehingga terkeluar daripada tema asal page tersebut.
  • Tak salah untuk buat duit dengan Says.my atau seumpamanya, tapi janganlah terlalu kerap sehinggakan fans naik meluat.
  • Kekalkan identiti dan nada page ada, kalau selama ni guna nada professional cuba kekalkan. Namun sekali sekala tak kisah untuk ubah, asalkan identiti tak hilang.
  • Jaga hubungan dengan fans, interaksi dan hubungan dengan mereka perlu dijaga.
  • Untuk page yang mewakilkan diri sendiri dan bukan produk keluarannya, jadilah seorang yang merendah diri. Jangan bongkak walaupun anda ada pencapaian yang membanggakan.

Twitter

  • Berinteraksi dengan orang yang anda follow dan mungkin dia akan follow back. Berhubung dengan mereka pada kadar yang normal dan tidak kelihatan seperti terlalu fanatik.
  • Kalau nak share sesuatu link, eloklah diselitkan komen peribadi anda tentang link tersebut.
  • Jangan tweet benda sama berulang kali. Kalau nak tweet link yang sama, lakukan dalam selang waktu lebih kurang 2-3 jam daripada tweet yang sebelumnya. Tweet sesuatu link atau perkara yang sama berulang kali pada  selang masa yang pendek antara tweet-tweet tersebut adalah sangat menjengkelkan.
  • Anda boleh unfollow sesiapa sahaja dan ingat yang mereka juga boleh unfollow anda pada bila-bila masa.
  • Kekalkan komposisi tweet yang pelbagai, tidak berat kepada link sharing sahaja tetapi selitkan tweet berlainan berkaitan anda.
  • I follow you & you follow me tidak wujud dalam Twitter, kecuali jika anda benar-benar kenal individu tersebut. Follow sebab anda berminat dengan tweet orang yang anda follow, bukan untuk pertukaran dua hala. Lagipun pertukaran macam ni memang tak memberi sebarang manfaat.
  • Follower bertambah kerana kenalan anda bertambah, tweet anda menarik, peminat anda bertambah atau mungkin anda tidak banyak mengeluarkan statement yang bodoh.
  • #FF atau #followfriday adalah budaya twitter yang boleh menambahkan follower sekiranya anda pandai menggunakannya. Digalakkan untuk memberikan #ff kepada orang yang anda rasakan layak dan berikan sebab. Contoh:
  • #ff @ariffshah kerana dia cool

    dan BUKAN macam ni:

    #ff @abu @karim @daud @samah @ali @.. @.. @…

    In most cases kalau banyak sangat #ff yang tak bagus ni, orang meluat sebab nampak macam spam. Itu sebab biasa kita dengar ramai yang kehilangan follower semasa #ff.

  • Kalau kawan kita sendiri unfollow, bukan bermaksud nak putus kawan atau apa cuma mereka meluat/tak suka baca tweet anda. Tak perlu berkecil hati.

Apa-apa pun ini social media adalah medium untuk bersosial. Bilangan follower bertambah jika anda memberi manfaat/menghiburkan orang lain, mesra/rajin berinteraksi dengan orang lain dan tidak annoying. Semua orang ada goal atau matlamat yang berbeza dalam penggunaan social media, jadi terpulang kepada anda samada untuk memilih antara kuantiti follower atau kualiti hubungan anda dengan follower.

Aku? Aku memang pendiam, not much of a social guy. Suara aku mungkin lantang di alam maya, tapi bukan di dunia nyata. Terima kasih kepada semua yang follow di Facebook page (3402 fans) dan Twitter (1867 followers).

Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

27 Comments