Ethiopia

Ada kemungkinan saya akan ke negara ni tak lama lagi. Jadi buat homework sikit.

  1. Tak ramai yang tahu sebahagian daripada negara Ethiopia inilah yang kita panggil Habsyah masa belajar pasal penghijrahan Nabi dulu. Masa tu kaum Quraisy ni dah tahap nak bunuh penganut agama Islam yang baru di Makkah (termasuklah Bilal bin Rabah). Nabi kemudiannya mengarahkan pengikutnya untuk berhijrah ke Habsyah sebab raja Habsyah yang beragama Kristian masa tu adalah seorang yang adil. Ini adalah peristiwa hijrah pertama dalam sejarah Islam.
  2. Rakyat Malaysia perlu memohon visa untuk memasuki negara Ethiopia. Visa pelawat boleh didapati dari Konsulat dengan harga RM160 dan permohonan mengambil masa tiga hari bekerja.
  3. Ethiopian Airlines terbang ke lapangan terbang Bole, Addis Ababa lima kali seminggu dari KLIA. Penerbangan ke Ethiopia mengambil masa selama 12 jam, biasanya memang overnight flight.
  4. Islam telah berkembang pesat di Ethiopia dan merupakan agama kedua terbesar di negara itu selepas Kristian. Makanan halal tak menjadi masalah. Bandar Harar boleh dikatakan sebagai bandar keempat paling penting bagi penganut Islam. Bandar ini mempunyai 102 buah masjid di mana tiga buah masjid telah wujud sejah abad ke-10.
  5. Mata wang Ethiopia dipanggil Birr dan RM1 ~ ETB 5.44. Hotel yang high rating antara RM200 – RM1200 /malam.

Let’s see if this trip happens.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

Leave a Reply