Emas Sebagai Simpanan

simpan emas

Saya adalah jugak simpan emas sikit-sikit. Biasalah. Terikut trend pelaburan emas dolu-dolu.. Semua orang pung pang pung pang pasal pelaburan emas. Dah macam esok nak jadi hartawan jutawan dah melabur emas ni.

Waktu tu saya masih lagi belajar kat Moscow. Nak ikut sangat tu takdelah. Duit pun berapa je. So daripada saya terhabiskan duit ni pergi jalan-jalan Eropah, saya beli emas sikit. Yelah. Trend budak student oversea winter holidays nak pergi jalan europe/scandinavia. Baru ada gaya student oversea kan.

Saya je yang dok terperap dalam bilik menghadap laptop RM7,000 main game. haha. Padan muka. Siapa suruh beli laptop mahal-mahal.

Emas ni saya beli melalui Facebook. Saya bayar, adik tolong ambilkan daripada penjual. Suruh mak sorok. Separuh saya masukkan dalam Ar-rahnu guna nama adik. Masa tu Agrobank boleh terima lagi cagaran jongkong emas ni. Sekarang tak boleh dah rasanya.

Balik Malaysia, dapat kerja gaji sikit. Lepas enam bulan kerja, beli pulak rumah. Apply loan tak dapat margin 90%, jadi terpaksa parking duit sikit dalam fixed deposit untuk dapatkan 90% margin. Lepas tu nak kahwin. Jadi emas yang tercagar kat agrobank tadi tak dapat ditebus. Last-last lebur. Rugi sikit.

Nasib baik yang seketul tu tak terkorban masa nak kahwin. Entahlah. Walaupun tak berapa berduit sangat masa nak kahwin, tapi takdelah sampai nak gadaikan emas or ambil personal loan. Not bad.. not bad.

Last year masa tengah hot skim pisang manis yang meninggalkan kenangan amat manis pada pesertanya, pun hampir-hampir terjebak jugak. Saya jumpa bro wakalah tu masa dah hujung-hujung kegemilangan fenomena loaded & delay tu. Masa tu diorang dah start pulangkan balik mana yang baru-baru masuk. Saya nak serahkan barang kena reject.

Lama jugak saya perhati skim tu, bila dah cukup lama baru decide nak jumpa wakalah. Nasib baik kena reject.

Fast forward sikit. Masa Naurah lahir haritu, pindah balik ke rumah in-laws. Terus misplace emas seketul tu. Dalam ingatan, barang tu masih ada, cuma tak tahu kat mana. Lama jugak hilang. Enam bulan lebih. Jauh dalam sudut hati, saya tau benda tu masih ada lagi, cuma tak ditemui lagi. Jadi saya relax jelah.

Last two weeks, jumpa balik emas tu. Rupa-rupanya terjatuh dalam kereta masa pindah-pindah barang. Terus jual sebab baru angkat dua biji rumah. LO semua dah sign. Tunggu lawyer bagi bil suruh bayar MOT je. Ni duit MOT lah. haa..

Walaupun begitu, amaun yang sama dengan nilai emas ni saha dah beli saham dan cadang nak hold sampai ranum. Jadi sebenarnya from left pocket to right pocket je. Jangan tanya berapa banyak. Sikit-sikit jer.

Agak nostalgia jugak nak jual emas tu sebab dah lama simpan. Adalah dalam lima tahun. Harta simpan sendiri dari zaman belajar.

Masa tu saya sedar, emas ni bagusnya dalam bentuk simpanan sebab susah nak leburkan. Kalaulah saya simpan cash pada amaun yang sama, mesti dah habis. Kalau tak habis sebab jalan-jalan masa belajar (beberapa kali kawan ajak jalan-jalan tapi saya reject walaupun nak sangat pergi), habis kat belanja kahwin atau habis without a trace. Duit cash kan. Tiba-tiba je boleh habis.

Harga emas dah jatuh banyak. Dah boleh simpan sikit-sikit. Walau bagaimanapun, anggaplah emas ni hanya simpanan je. Kalau naik, bonus. Tak kisahlah barang kemas atau jongkong. Untuk para suami, eloklah simpan dalam bentuk barang kemas untuk wife. Wife pun happy kan. Bak kata orang putih, killing two birds with one stone. Gitu.

Untuk bujang, simpan barang kemas pun ok. Standby jadi hantaran. haa.. power kan. Daripada beli smartphone untuk dulang hantaran yang last-last guna buat main Facebook je, baik beli emas. 2-3 dulang pun takpe.

P.s. Para isteri boleh sharekan entri ni kat wall suami. haha

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments

  • Azwan

    15 January, 2016 at 8:37 pm

    Saya pun mula hampir terjebak skim emas kaya esok pagi. Tapi sebelum masuk saya banyak membaca dan bertanya rakan offline dan online. Lama-lama saya faham, dua tipa perkara.

    Jangan beli emas, dengan semua duit yang kita ada. Beli emas dengan sedikit sahaja dari duit yang kita rasa tak akan dipakai buat masa setahun dua.

    Tak perlu apa-apa skim, cari harga yang termurah dan beli.

    Akhirnya saya beli juga seketul pamp suisse. Tapi sampai sekarang seketul tu je la yang ada.

    Pernah dua tiga kali masuk Ar-Rahnu Pos. Tapi Ahamdullillah berjaya ditebus.

  • Taufik Mansor

    7 January, 2016 at 5:25 am

    Duit kertas/fiat itu debt. Nilainya bersandarkan confidence shj. Income Bank-bank di seluruh dunia adalah drpd deposit dan loan beserta interest yg tinggi yang diapply oleh rakyat mcm kita semua. Debt=money. Lebih byk loan yg kita buat, makin banyaklah duit bank. Itulah rangka sistem kewangan dunia dan malaysia. Itulah hakikatnya.

    Emas hanyalah simpanan yg kalis inflasi. Pelaburan emas hanyalah beli pd waktu harga murah dan jual balik pd waktu harga mahal utk ambil untung. Itu sahaja. Dan bukan dijanjikan income bulan2 spt pegasus, pak man telo dll. Sekian. :)

  • nurul

    6 January, 2016 at 4:20 pm

    Satu jer..bila dah pegang emas, ketagih nak beli lagi, pastu sayang tak nak jual. Beli beli dan beli.

    Sekarang ni simpan emas 1g sebulan melalui Gold Accumulation program (GAP) Public Gold. Baru lah duit tu tak kemana.

    • Ariff

      24 December, 2015 at 6:54 pm

      Saya tak selalu beli.

      Tapi kalau beli, saya cari orang kat FB je. Banyak group emas, so boleh pilih mana-mana seller.

      Paling penting kalau beli mesti jumpa orangnya dan mesti dapat barangnya lah.