Elfira Loy Dan Takaful

elfira-loy-medical-card

Cerita semalam. Selepas saya up gambar atas ni kat Facebook, ramai yang inbox tanya apa cerita dengan El pulak ni? Tak kurang ada yang dengki macam mamat ni. Apa-apa pun, saya tetap cool. Jadi inilah kisahnya..

Ariff Shah: Pertama sekali, El faham tak apa fungsi takaful dan medical card ni?

El: Tak sangat la. Boleh abang Ariff terangkan?

Ariff Shah: Ok. Biar abang tanya dulu, sekarang El sihat kan? Takde penyakit apa-apa?

El: Alhamdulillah. Sekarang ni sihat lagi. Belum pernah masuk hospital atau menghidap penyakit.

Ariff Shah: Bagus kalau macam tu. Katakan, one fine day, El jatuh sakit. Agak-agak macam mana rasanya kalau El tak dijaga ketika sakit?

El: Mestilah sedih abang. Kalau boleh nak Mama duduk sebelah jaga El.

Ariff Shah: Itulah. Abang pun kalau sakit pun nak paksa wife ambil cuti teman abang. Kalau sakit El nak masuk hospital mana?

El: Kalau boleh Prince Court atau Gleneagles KL. Selesa sikit.

Ariff Shah: Hospital mahal tu.. tapi kalau ada orang bayarkan bil hospital mesti best kan?

El: Mestilah. Siapa sanggup bayar bil hospital mahal-mahal.

Ariff Shah: Betul. Ok now kembali kepada medical card. Pertama, fungsi utama medical card ni adalah mengembalikan kepada keadaan asal.

Maksudnya kat sini, kalau masa El sign borang ni sihat walafiat, maka kalau apa-apa berlaku in the future samada sakit, accident, kanser atau apa-apa lah yang mengganggu kesihatan El, medical card akan keluarkan kos supaya El boleh dapatkan rawatan di hospital sampailah El sembuh.

El: Oo… macam tu. Tapi kalau masuk Prince Court medical card cover tak? Mesti mahal bil kalau masuk sana.

Ariff Shah: Plan HealthEnrich Premier untuk El ni akan cover kos bilik sehingga RM1,000/malam di Prince Court dan 5 lagi hospital preferred yang lain di Malaysia.

Disebabkan plan El datang dengan elaun harian sebanyak RM350 untuk setiap hari El mendapatkan rawatan di hospital, El boleh ambil bilik Suite yang berharga RM1288/malam terus kat Prince Court sebab elaun plus kos yang medical card cover cukup untuk bayar Suite tu.

El: Wow. Dapat Suite. Macam hotel pulak dah. Mesti boleh request katil extra untuk mama teman El nanti kan?

Ariff Shah: Bukan setakat katil, suite tu ada bilik berasingan untuk ahli keluarga yang nak tinggal bersama. Lagi selesa daripada katil extra. Dalam bilik ada TV dengan channel Astro dan toilet pun dia bagi berasingan. Memang betul-betul macam hotel 5 star.

El: Tapi kalau macam tu tak mahal ke? Betul ke medical card boleh cover kos tu semua?

Ariff Shah: Mahal.. memang mahal. Tapi jangan takut, every year medical card El ni boleh tanggung up to RM200,000 bil hospital. Jadi kalau setakat RM30,000 – RM50,000 untuk sekali admission kat Prince Court tu, medical card boleh bayar full dan masih tinggal banyak lagi balance untuk tahun tu.

Kalau tahun ni dah habis limit RM200,000, tahun depan dia top up balik another RM200,000 every year sampai RM4,000,000 habis. Dan mereka tak boleh cancelkan medical card El sebab El claim banyak. That’s the rule. Takde sebab untuk mereka elak nak bayar bil tu semua.

El: I see. Oklah kalau macam tu. Kita proceed. Mana nak sign?

*****

Kesimpulan: Plan HealthEnrich Premier sesuai untuk artis dan VVIP.

Dapat jugak menyelit dalam jadual dia yang tersangatlah padat ni. Shooting sana sini, kelas lagi. Elfira Loy ni memang all out and dedicated pada kerjayanya. Semoga berjaya dan semoga sihat-sihat selalu.

Kalau tak sihat pun don’t worry sebab medical card will settle the bill.

Nota: Dialog rekaan/olahan semula. Tapi intipati dia lebih kurang jelah

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments