Elaun Sara Hidup Turun – Implikasi Bajet 2011?

USD jatuh, elaun turun. Semua orang Wall Street punya pasal..

Hari ni aku dikejutkan dengan berita penurunan kadar elaun sara hidup untuk pelajar di bawah tajaan MARA ni. Aku tak tau kalau penurunan ni melibatkan pelajar tajaan MARA sahaja atau tidak, dan samada pelajar di bawah program Skim Pelajar Cemerlang di negara lain terjejas atau tidak, namun penurunan ni agak mengejutkan dan menyakitkan.

Dulu, MARA bagi elaun mengikut nilai USD yang ditetapkan pada $1=RM3.80. Itu yang kami dapat selama ni. Benda ni dibuat sebab dulu, matawang ringgit tak kuat berbanding sekarang dan juga matawang US yang sangat kuat masa tu, kalau tak silap pernah mencecah $1=RM4.20. Jadi untuk mengurangkan kepeningan dan menjimatkan kos, penaja ni semua tetapkan kadar tukaran tu sendiri supaya mereka tak perlu mengubah jumlah yang diberi tiap-tiap bulan kalau kadar tukarang Ringgit ke USD meningkat. Dalam erti kata lain, pandai-pandailah hidup dengan apa yang telah diberi.

Kadar ni digunakan sampai sekarang tapi disebabkan sekarang ni disebabkan Ringgit semakin kukuh berbanding USD dengan nilai tukaran $1=RM3.14, tiba-tiba je penaja ni tukar terus. MARA ikut kadar tukaran semasa dah. Yelah, mungkin pada mereka, tak logik la kan. Kenalah ikut keadaan ekonomi semasa dunia.

Masalahnya di sini ialah, Russia dah lama tinggalkan USD, lebih-lebih lagi kat Moscow ni. Standard kat sini lebih kepada Euro sekarang. Contohnya yuran pengajian, sewa hostel dan segala bayaran berkaitan dengan universiti aku adalah dalam Euro. Jadi kalau Euro naik, lagi banyaklah kena bayar. Ditambah lagi dengan kadar inflasi kat Russia yang sememangnya tinggi dan harga barang naik tiap-tiap tahun, memang makin lama duit yang dapat tiap-tiap bulan makin sedikit.

Jadi itulah dia. Kalau dah turun kadar yang diberikan, sepatutnya adalah perjanjian baru atau apa-apa. Jumlah hutang aku dengan MARA pun sepatutnya makin sedikitlah kan.. Yang tu kenalah tunggu delegasi MARA yang nak datang ke sini minggu depan untuk beri penjelasan yang sewajarnya.

Kadang aku terfikir, kurangkan elaun ni ada kaitan dengan Bajet 2011 tu ke? Dengar cerita ‘orang rumah’ dapat banyak.. ratus juta.. hmm..

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

44 Comments