Adakah Ebook Sistem Saham Sesuai Untuk Beginner?

saham
Baru je habiskan pembacaan ebook daripada Sistem Saham. Dah lama tau pasal ebook ni, tapi baru sekarang dapat baca. Ini komen saya sebagai seorang yang belajar sendiri daripada zero tentang saham.

Secara asasnya, ebook ni bukan untuk beginner. Kalau pengetahuan anda zero tentang saham, tiada lagi akaun CDS dan kalau ada akaun deposit duit pun belum lagi, terus terang saya cakap, jangan beli. Anda akan bertambah clueless bila baca ebook ni.

Untuk golongan di atas, saya cadangkan anda cari satu guru, tak kiralah baru atau lama, pergi seminar mereka. Banyak je tok guru saham di luar sana yang buat class untuk beginner pada harga yang berpatutan.

Kemudian, kepada yang dah pergi seminar dan pernah jual beli satu dua kaunter, ebook ini mungkin berguna untuk anda. Saya cakap ‘mungkin’ sebab sepanjang saya cari ilmu saham, dah macam-macam saya belajar. Ada yang saya guna dan ada yang saya abaikan.

Main saham ni ikut style sendiri. Jadi ada ilmu yang mungkin sesuai dengan kita, kita gunakan dan ada yang tak. Main saham bukan macam jawab soalan objektif peperiksaan, teori betul, jawapan betul. Tak. Teori kita mungkin betul, tapi belum tentu untung lagi.

Ok, apa yang diajarkan dalam ebook ni?

1. Bagaimana mengenalpasti dana besar membeli dan menjual saham?

Yang ni perkara asas yang penting untuk semua orang tahu. Kena tau bila dana besar sedang accumulate dan distribute. Kenapa? Sebab dana besar ni adalah penggerak pasaran (market mover). Kalau kita bergerak seiring dengan market mover, senang nak untung banyak dan tau bila nak exit untuk realize profit.

Secara asasnya, betullah apa yang diterangkan dalam ni, tapi kalau bagi saya terangkan, saya akan terangkan daripada aspek lain. Apapun, matlamat dia sama.

2. Chart setup

Chart setup ni adalah rupa bentuk carta harga sesebuah saham. Secara ringkasnya, kita lihat bigger picture tentang hala tuju pergerakan sesebuah kaunter. Bigger picture scenario ni biasanya lebih menguntungkan kalau kita follow berbanding short term scenario.

haa.. faham tak? haha. Maaf. Bahasa teknikal sikit. Macam saya cakap, orang yang ada pengalaman sikit-sikit je sesuai dengan ebook ni. Kalau anda tak faham apa yang saya katakan, janganlah beli.

Cup_and_Handle

Contoh setup popular – cup & handle

Chart setup ni adalah salah satu cabang teknikal analisis. Tapi yang ni lebih simple, tengok chart, nampak bentuk yang betul, dan cari entry point. Bila entry point kena, buy dan tunggu profit. Lebih kurang macam tu la konsep ni.

Simple je. Tapi biasanya orang akan tertinggal time entry point tu sebab terlepas nak beli. Lagi satu, kadang-kadang chart setup tak menjadi. Boleh berlaku.

Dalam ebook ni diterangkan pelbagai jenis chart setup yang memang saya familiar sepanjang saya main saham. Memang valid. Untuk pengetahuan, ilmu tentang chart setup ni memang releven sampai bila-bila. Susah saya nak terangkan kenapa, nak tau boleh baca buku-buku tebal pasal saham kat Kinokuniya atau MPH.

3. Bila nak jual saham?

bear

Kalau dah hebat, masa bear market pun boleh buat duit

Bila main saham, kena ada exit plan. Kalau untung kena ada exit plan dan rugi pun lagilah kena ada exit plan. Yang ni penting. Ada tok guru tak ajar exit plan menyebabkan anak murid yang bila rugi tak tau buat apa-apa sampai 70 – 80% rugi. Ini gila!

Dalam ebook ni diterangkan tentang teknik cut loss yang sememangnya penting untuk semua orang yang nak main saham. Terus terang saya cakap, main saham ni bukan bermaksud terus untung sampai bila-bila. Ada masa untung, ada masa rugi. Yang dah berpuluh tahun pengalaman pun masih ada kerugian.

Bezanya antara yang hebat dengan tak hebat ialah jumlah kerugian berbanding keuntungan. Ada orang rugi, tapi rugi sikit. Keuntungannya masih lagi melebihi kerugiannya. Ada yang rugi terus sampai habis tergadai wang simpanan.

Masuk unit trust pun boleh rugi ok. Inikan pula saham.

So yes, saya suka chapter ni. Penulis ebook terangkan secara mendalam pasal cut loss. Memang sesuai untuk mereka yang ada pengalaman sikit-sikit dan nak belajar lagi.

Kesimpulan tentang ebook Sistem Saham

Pada saya yang dah ada pengalaman dan dah tahu semua, ebook saham ni tak memberi kesan apa-apa. Sekadar refresher je.

Tapi pada anda yang dah ada ilmu sikit-sikit dan nak level up, boleh consider untuk melaburkan sedikit wang anda untuk belajar lagi. Yang memang zero knowledge, not recommended kecuali kalau anda memang perlukan sumber rujukan dalam bahasa Malaysia yang menyeluruh tentang analisis teknikal / cara membaca chart dan memang dah tak jumpa sumber lain. Apa-apa pun, ebook ni tak berguna kalau setakat dibeli dan tak dibaca.

Kepada yang membeli direct melalui link saya, boleh contact saya untuk support selepas membaca ebook ni. Ada certain things yang saya boleh share tapi bukan melalui blog ini.

Cuma saya ambil masa sikit ya nak reply email tapi jangan anggap support saya ni sebagai kontrak untuk beli, anggap benda ni sebagai pertolongan sahaja. Saya terpaksa cakap macam ni sebab kadang-kadang bila orang anggap benda ni sebagai janji / obligation saya, mereka hilang adab dan mula minta disuap macam-macam dari A-Z.

Disclaimer

Tujuan entri ni ditulis adalah untuk memperkenalkan ebook ini yang berfungsi sebagai stepping stone untuk anda self-learn melabur dalam pasaran saham. Kalau nak hand-holding, boleh cari kelas-kelas saham yang bayarannya tak kurang RM1,000 untuk setiap sesi dan biasanya tak akan belajar sampai habis dalam satu sesi. Nak belajar melabur dalam saham ni makan masa dan bukan boleh berjaya dalam sekelip mata.

Sekian review daripada saya. Yang berminat boleh download ebook ni sekarang.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments