Ebook Kedua

Cadangan cover dan tajuk

Dalam diam saya berjaya menyiapkan ebook kedua berkaitan penulisan blog. Macam biasa, ebook ini adalah untuk semua blogger, samada berpengalaman atau tidak (yang terutama sekali). eBook ini adalah pandangan, perkongsian pengalaman dan tips daripada saya sepanjang berkecimpung dalam arena penulisan blog.

Bukan nak cakap hebat atau apa, cuma sekadar perkongsian ilmu. Saya compilekan dalam ebook supaya senang nak refer balik dan tak hilang dalam timbunan entri lain kalau tips-tips dalam tu dipublishkan ke sini. Harga yang bakal diperkenalkan pun adalah sangat berpatutan dan paling penting, mampu milik. Cukuplah nak tampung sikit kos hosting untuk tahun depan kalau hasil jualan memuaskan.

Sebenarnya ebook ni dah lama ditulis, baru sekarang disiapkan sepenuhnya. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk saya siapkan ebook ni. Kalau tak, entah berapa lama lagi terperap kat desktop komputer ni. Berjaya finalize. Sekarang sedang diaudit oleh beberapa sahabat terdekat. Pada masa yang sama, saya ada mengeluarkan sebahagian kecil daripada ebook tersebut di blog Denaihati. Insya Allah entri tersebut akan dipublish dalam masa terdekat ni.

Kalau ada blogger lain yang nak buat giveaway ebook tersebut pun sangat dialu-alukan. Personally saya rasa ebook tu sesuai untuk mereka yang baru nak bermula dan masih lagi mencari arah tuju dalam penulisan blog. Saya cuba sehabis baik untuk menyampaikan seberapa banyak input dan huraian terperinci dalam 12 tip yang ditulis di dalamnya.

Comments

  1. says

    Not bad! Lose the robe, lose the flower. Just you and a white tee = awesomeness. I love that colourful dialogue bubble btw. =) Just my 2 cents loh. Bravo on your 2nd book..!!

  2. says

    Tahniah bro cuma boleh x jgn ada gambar bro pakai jubah tu. mcm xbrapa kena pada bakal pembeli. nampak mcm’ personal’ dan bukan untuk semua. sekadar pandangan tentang cover saja.