Dutaland

Lagi satu kaunter terlepas nak beli pagi tadi. Malam sebelumnya saya dah nampak pasal Dutaland dapat offer pembelian tanah daripada Boustead Plantation, tapi tak perhalusi berita tu. Kalau tak, dah dapat untung ~15% hari ni.

Okay. Saya start dari awal.

22 Ogos 2017. Terbaca dari forum i3investor pasal Dutaland yang mengatakan Boustead Plantation offer nak beli salah satu ladang sawitnya di Sabah pada harga RM750 juta.

Saya terbaca setakat ni sahaja masa tu. Apa yang patut saya buat seterusnya adalah cari sumber berita tu. Rupa-rupanya berita tu datang daripada Dutaland sendiri yang mengumumkannya pada hari yang sama. Kenapalah tak check pengumuman kat Bursa tu..

Berita ni bukan berita khabar angin atau MOU. Boustead siap bayar 2% earnest deposit (RM15 juta) dah untuk pembelian ni. Tunggu due diligence selesai dan shareholder approval daripada Dutaland je.

Lepas baca pengumuman tu, sepatutnya next step adalah check berapa value tanah tersebut dalam annual report terakhir Dutaland. Tak susah nak cari.

Nampak kan value dia hanya RM352 juta. Maksudnya harga saham Dutaland sekarang ni bersandarkan pada valuation tanah yang ni bernilai RM352 juta. Jadi kalau jual pada harga RM750 juta, Dutaland dapat untung bersih (book value) lebih kurang RM400 juta. Untung bersih sebenar daripada penjualan tanah tu tak pasti sebab tak tau berapa Dutaland beli tanah tu dulu.

Bayangkan dengan RM750 juta tunai, berapa banyak dividen boleh dia bagi kat shareholder? Saya pun tak reti nak kira.

Berdasarkan potensi ni, mustahil harga saham Dutaland tak naik the next day. Dan kalau naik pun mesti berkali ganda setakat tahun ni pun mereka tengah rugi.

Jadi sebenarnya boleh tutup mata beli je the next day. Confirm untung. Perihal due diligence dan shareholder approval tu cerita minggu-minggu depan. Cerita hari ni mereka boleh dapat tunai RM750 juta dalam tangan dengan penjualan aset.

23 Ogos 2017. Harga saham Dutaland dibuka RM0.535 dan ditutup RM0.625 (kenaikan sebanyak 23.76%) dengan paras tertinggi  RM0.645. Let’s say beli pada harga RM0.54 dan jual pada RM0.62, untung around 14.8%. Ok kan?

Bukan rezeki saya kali ni. Cuba lagi.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.