Durian Dua Ulas RM20

Sekarang ni kat Malaysia musim durian eh? Aku tengok dalam timeline ramai yang tweet pasal durian. Ada yang sibuk makan durian kat ofis lepas habis kerja, ada pula yang dapat berbakul durian ihsan jiran setempat sebab rumahnya dimasuki perompak (sorry to hear that).

Disebabkan aku menulis dalam keadaan kenyang ni, takdelah kemaruk sangat kalau nak cerita pasal durian ni. Hari ni try buat nasi minyak berlaukkan ayam masak merah. Jemput sekali coursemate kawan aku dari Nigeria (betul ke?) untuk makan. Plan asal nak masak pedas, tapi serbuk cili yang dibeli takdelah pedas mana pun. Nasib baik jadi.

Masa tengah punggah kedai barang masakan Asia di Biberach ni terjumpalah buah durian dijual di kedai tu. Durian dua ulas tu diletakkan di dalam bekas tupperware dan dibekukan. Nampak cantik lagi isinya, tak nampak pun macam dah simpan lama. Harga untuk dua ulas tadi adalah 5 euro ~ RM20. Rasanya dengan RM20 kat Malaysia boleh dapat makan durian sampai tak boleh masuk lagi kalau tak silap.

Roti canai pun ada..

Tapi aku tak beli pun. Tak mainlah durian sejuk beku ni. Kalau nak, mesti yang baru kopek punya (taste tinggi).

Teringat masa kecik dulu, hujung minggu tidur kat kebun jaga durian. Kalau tak jaga, ada je orang kampung yang curi. Biasalah tu. Memang feveret aku jaga durian jatuh kat kebun sebab aku suka main api masa kecik dulu. Jadi depan pondok tu buatlah unggun api sebesar-besarnya. Bila dengar durian jatuh, bawa lampu suluh pergi redah semak samun cari durian yang jatuh tadi. Masa ni lah nak uji deria bau hebat ke tak.

Kadang-kadang seram gak duduk kat kebun. Manalah tau silap-silap kena baham dengan ular sawa ke.. tak pun terserempak dengan hantu/penunggu/toyol atau apa kejadah lagi yang jadi buah mulut orang kampung. Sekali sekala tidur kebun tu oklah, agak adventurous. Kalau tiap-tiap malam rasa menyampah pulak sebab tak dapat tengok tv. haha..

Apa-apa pun, sabar jelah membaca tweet pasal durian ni. Balik tahun depan, makanlah sepuas-puasnya. Itupun kalau baliklah…

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

42 Comments