Dulu Dapat Kapal Terbang, Sekarang Dapat Kerja

Ingat lagi tak entri ni, My Friend Has an Airbus A330? Entri tentang kawan aku yang menang pertandingan memberi nama untuk kapal terbang AirAsia X dan sebagai hadiah, namanya diabadikan di kapal terbang tersebut serta tiket pergi balik ke mana-mana sahaja destinasi AirAsia. Bukan calang-calang orang yang dapat letakkan nama mereka atas kapal terbang, yelah, satu kapal terbang dah berapa puluh juta..

Kawan aku telah selamat pulang dari Jepun beberapa minggu lepas, dan baru-baru ini telah menghadiri temuduga kerja bersama AirAsia. Sebab dah ada kenalan dan disebabkan dia fasih berbasaha Jepun, dia terus diterima sebagai salah seorang AirAsia All Stars yang akan memulakan tugasnya sebagai in-flight analyst pada esok hari.

Aku rasa masa depannya cerah di AirAsia kerana dia memang fasih berbahasa Jepun dan sangat berminat untuk bekerja di Jepun. Disebabkan AirAsia tak lama lagi nak tubuhkan AirAsia Japan, peluang untuk dapat jawatan yang hebat-hebat memang terbuka luas.

Kisah ni sangat bermakna untuk aku sebab semuanya bermula masa aku publish entri tentang pertandingan yang AirAsia buat beberapa tahun dulu. Dari blog.ariff dia cuba nasib dalam competition dan menang. Of course, blog ni taklah menyumbang sangat pun tapi bukan setiap hari kita boleh dengar blog ada mainkan peranan dalam kehidupan orang lain.

Apa-apa pun, good luck la first day kerja esok di hari pertama Ramadhan. Banyak berkat tu. Semoga kekal di company tu, dapat jawatan best-best supaya boleh belanja aku selalu. hehe..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

35 Comments