Duit Raya Daripada Kujie – Siapa Nak?

Reading Time: 2 minutes

Ada berita baik weh untuk semua pembaca blog ni. Tadi kak Jie baru je approach aku melalui direct message di Twitter dengan satu berita baik, dia nak taja RM100 sebagai duit raya untuk pembaca blog ni. Oleh itu, bagi pihak pembaca blog.ariff, terima kasih diucapkan kepada Kak Jie (follow @kujie) kerana bermurah hati memberi duit raya walaupun puasa belum pun sampai seminggu lagi dan secara peribadi saya berterima kasih kerana sudi memeriahkan program rewards di blog ini.

Rasanya ramai yang dah kenal siapa Kujie ni. Antara mommy blogger yang hebat di Malaysia dan juga terletak dalam senarai top 10 blog personal mengikut ranking Alexa. Pengalamannya dalam scene penulisan blog di Malaysia ni kalau tak silap aku dah lebih daripada 5 tahun. Boleh baca blog tutorial yang dia tulis untuk tips dan tutorial blog yang korang tak akan jumpa di blog lain.

Kujie2.com – menggunakan tema Twenty Eleven

Selain itu, Kak Jie ada banyak menulis entri tentang pengetahuan am. Cara kupasannya adalah sangat menarik dan mudah difahami. Kalau orang suruh aku explain benda-benda macam tu, mesti bosan punya. Sebab tu aku tak buat.

10 orang akan menerima duit raya dalam bentuk wang tunai/top up sebanyak RM10 melalui program rewards di blog.ariff. Hadiah boleh ditebus dengan mata ganjaran sebanyak 5000. Haa.. kumpul la poin secepat mungkin sebelum orang lain tebus sampai habis.

Kepada yang masih tak faham macam mana nak kumpul poin, senang je. Setiap lawatan, komen, Facebook like, Google +1 dan Tweet akan diberi 100 markah setiap satu. Jadi tiap-tiap hari boleh dapat maksimum 500 markah kalau buat semua yang aku sebutkan tadi. Dalam masa 8 hari, dah boleh redeem wang tunai. Login untuk program rewards ni adalah dengan menggunakan akaun Facebook. Tak payah register banyak-banyak.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Kak Jie atas tajaan ini. Semoga dimurahkan rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini dan dikurniakan trafik SEO yang mencurah-curah.


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Duit Raya Daripada Kujie – Siapa Nak?”

  1. naimulfirdaus Avatar

    doa dapat trafik seo macam lain bunyinya bro..hehe

  2. BloggerHowtt Avatar

    Dah cukup 5000 points :)

  3. BloggerHowtt Avatar

    Takde pun Tweet dan Google +

  4. Kampung Balimbang Avatar

    Assalamualaikum…orang kampung mampir yer..

  5. donha Avatar

    Raya datang lagi..haha..terbang ke kujie dulu…p

  6. mijie Avatar

    semoga rezeki kakjie makin murah selepas ni, amin dan terima kasih juga kepada penganjur…

  7. BloggerHowt Avatar

    Nak Join jugak :)

  8. Mr.Bintang Avatar

    haha.. aku baru kumpul 500 point.. :P

  9. pinky Avatar
    pinky

    na join2.. :)

  10. Yana Alihad Avatar

    point untuk komen tu rase maca berat sikit..
    lebih suka jadi silent reader :)

    1. ariff Avatar

      Kalau macam tu boleh concentrate kat Facebook Like + Google plus dan lawatan ke blog ni setiap hari ;)

  11. syafiq Avatar

    tengok dari jauh. tak mampu nak kejar leaderboard tu.

    1. ariff Avatar

      Tak perlu kejar pun. Kumpul je poin banyak-banyak. Pada masa akan datang, akan ada giveaway mudah untuk pembaca setia. Poin-poin terkumpul masih boleh digunakan untuk menebus hadiah.

  12. Liyana Lunia Avatar

    banyak duit raya tu bagi org yang bakal sambung study bulan september mcm saya ni waaaa mahuuu tapi bila tengok leaderboard mcm harapan jee T_T

    1. ariff Avatar

      Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

  13. razis Avatar

    rasa mcm nk join..hehehe

  14. Eriyza Avatar

    Kedengaran sedap! :)

  15. Syazwan Sarawak Avatar

    boleh dapat 400 setiap hari. kiranya lagi 5 hari je nak dapat topup :D

    1. ariff Avatar

      rajin-rajinkan kumpul poin =)

  16. Kujie Avatar

    hehehe…. trafik SEO yang mencurah-curah tu yang lawak tau sebab blog Kak Jie dah kurang SEO sekarang ni. Tapi keyword evergreen je…

    Kak Jie menyokong blog yang ada sentuhan originality!

    1. Affan Avatar

      ehem2 *buat2 muka takmalu nak mintak sponsor* :lol:

      1. Kujie Avatar

        raya tahun depan…:P

    2. Kamarul Azri™ Avatar

      kak jie sentimentel lak :)
      hihiih~~

  17. Pacifista - X Avatar

    terbaik la kak kujie.aku nak join la :)

  18. chekgu naman Avatar

    wah..kena try ni dapatkan duit raya kak jie tu..hehe

    1. ariff Avatar

      semoga berjaya!

  19. Fauzi Nor Avatar

    Wah…. terbaik Kak kujie…

  20. Shahrulsite Avatar

    wah bermurah hati sungguh beliau…semoga murah rezeki

  21. Fazreen Avatar

    Nak sponsor juga lah..5 ringgit aci tak?

    1. ariff Avatar

      boleh je. COnfirmkan thru DM pls

  22. afiq aiman Avatar

    wah bertambah rancak la blog ni ye ariff. nak menang jugak la

    1. ariff Avatar

      sila2. Hadiah dah ada. Semoga berjaya!

  23. azrijohan Avatar

    ni semua otais..hehehe