Duit Dah Keluar Tapi Mana Perginya Blogger Hari Belia Negara 2012?

 blogger-hari-belia-negara

Semalam saya up-kan satu status di facebook berkaitan perbelanjaan blogger untuk Hari Belia Negara 2012. Saya teringin nak tahu siapa blogger bertuah yang dibayar untuk membuat liputan semasa Hari Belia Negara tahun lepas.

Bajet untuk blogger seperti yang boleh didapati daripada laporan audit negara ialah:

  • RM1000 untuk 50 orang blogger (Kali pertama)
  • RM1000 untuk 50 orang blogger (Kali kedua)
  • RM500 sehari untuk 3 orang blogger selama 5 hari

Sehingga kini, tiada seorang pun blogger tampil dan mengaku ada menerima bayaran untuk job semasa Hari Belia Negara. Pelik sebab dalam contact saya kebanyakannya adalah blogger, jadi kalau ada sorang pun yang dapat, boleh kata 90% saya akan tahu.

Mungkin pada orang lain, setakat RM100k lebih ni, taklah besar mana. Cuma pada saya, bila dah mention ‘blogger’, ada baiknya saya suarakan juga tentang isu ni. Lagipun benda ni ada kaitan dengan survival blogger-blogger lain di Malaysia.

Kita wajar marah kalau penganjur gunakan alasan nak bayar blogger tapi pada hakikatnya, takde sorang pun blogger yang dibayar dan sebagai blogger, tempias tu akan kena pada kita nanti. Silap-silap tak lama nanti, apa-apa bajet kerajaan yang melibatkan blogger tidak akan lagi diluluskan. Dah kurang satu peluang income kat situ.

blogger-hari-belia-negara-fb

Link

Tentang komen Ketua Audit Negara berkaitan bajet ini yang dikatakan ‘terlalu mahal’, saya tak ianya mahal kalau ianya digunakan sebetulnya. RM100,000 ni kalau iklan kat surat khabar atau TV, tak sampai berapa hari dah habis bajet tu tapi kalau letak dalam blog, iklan tu wujud sampai bila-bila selagi blog tu wujud.

Bajet RM1,000 untuk seorang blogger ni standard. Kena ingat, biasanya penganjur akan ambil ‘agent fees’ yang berada dalam lingkungan 20% – 40% (tapi dalam hal ni silap-silap 100%), jadi kalau ratusan ringgit tu memang standard untuk kebanyakan blogger yang ada di luar sana.

Sedih kalau perkara macam ni dibiarkan berlarutan. Hari tu katanya perbelanjaan negara ni perlu dijimatkan tapi pihak yang menguruskan perbelanjaan ni nampak macam banyak penyelewengan dan mismanagement je.

Ada baiknya Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin bagi saya je handle projek dan bajet yang berkaitan dengan blogger ni. Saya janji kalau kena audit pun, ada solid justification dengan laporan penuh yang mengandungi semua nama blogger, blog, trafik, Facebook post dan apa sahaja untuk setiap sen bajet yang dibelanjakan. Amacam? Blogger lain setuju tak? Agent fees saya pun tak tinggi, 20% je.

Apa-apapun, saya masih lagi bersangka baik. Mungkin blogger yang dibayar tu bukan dalam network saya kan. Siapalahkan saya ni…

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 Comments

  • waiman takwa

    5 October, 2013 at 2:17 pm

    Dia kata: “awak bukalah blog, saya jadikan awak blogger Hari Belia. Dapat RM1000.” Harap takde macam tu. SOP pemilihan blogger perlu ada.. Kerajaan kata nak kurangkan ketirisan..

  • mselim3

    4 October, 2013 at 3:00 pm

    Assalammualaikum…ariffshah,

    Pape mselim3 nak ucap “tahniah” kepada blogger yg terpiliih tu… kenapa kita yg betul2 blogger x terpilih… pelik,hairan dan ajaib… entahlah… kekadang pening jugak mainan diaorang nie… pape kekadang kita nak sedapkan hati sendiri… husnuzan (sangka baik).. kalau nak kira x puas hati… mmg x puas hati… kekadang kepuasan “blogger sebenar” adalah dapat berkenal2 dan bertukar2 pandangan macam sekarang nie.. kerana kita semua adalah blogger sejati…kan? Siapa setuju angkat tangan…

    mselim3

    pls: hidup mesti sedap…

  • titan

    4 October, 2013 at 11:43 am

    aku rasa memang ada. Tapi tak tahu la siapa. Haha..

    Aku sendiri terlibat dengan benda ni. Handle bahagian pengakap sam
    pai malam terakhir.

    Aku ramai gak jumpa geng media. Masa post moterm, masa meeting kat bangunan KBS tu. Masa hari kejadian. Memang super ramai yang datang. Siap bawa kamera kecik + kamera besar. Kalau ada antara mereka ni blogger..jadi, 50 orang blogger adalah jumlah yang kecil. Sebab memang ramai gila orang media + photographer sambilan. Beratus gak rasanya. Itu belum campur blogger-blogger yang ada dok cerita sikit pasal hari belia tu.

    Jadi, logik la bagi aku ada 50 orang blogger berbayar tu. Cuma kita tak tahu siapa.Dikalangan orang media ka..siapa ke. Aku tak tahu. Tapi diorang buat ke tidak..artikel diorang ada kat search engine atau tidak..itu susah mahu cerita dan susah mahu teka..diorang ni ke yang dibayar. Sebab diorang takkan cerita la yang sebenarnya diorang dibayar untuk buat cover, kan?

    Kalau aku pun, memang la aku takkan mengaku. Haha..

    Apa yang aku dapat? Duit memang tak dapat. Diorang bagi voucher. Hari terakhir..banyak voucher tak habis. Sebab ramai yang balik awal. Jadi, voucher yang berbaki..orang yang tak balik pegang. Jadi..ada dekat beratus gak ringgit..malam tu jugak kenduri jajan..air tin dan memacam lagi.

    1. Dapat t-shirt, goodies dan memacam lagi la. Benda biasa. Duit? Memang tak dapat. Penat, memang penat gila.

    2. Dapat pengalaman handle geng pengakap dari seluruh malaysia. 2. Pengalaman ni, takde harganya. Bertuah la jugak dapat pengalaman ni. Haha..ya. Siap tulis 2 artikel lagi kat blog aku pasal benda ni. Gi la baca kalau mahu.

    3. konserp kpop tu. Aku tak tengok. SIbuk hantar budak-budak aku balik. Siap ada eksiden lagi malam last tu.

    Haha..

  • myvitrd dot com

    4 October, 2013 at 10:00 am

    buat carian dekat google bro.. mungkin ramai yg tulis pasal promosi hari belia tu.. setakat ni.. saya jumpa 4-5 entri yang tulis promosi hari belia tu.. cuma tak pasti.. itu ke blogger yg dibayar atau blogger tu tulis secara percuma sahaja.. yang penting bukan saya yg terima bayaran tu.. hehehe

  • asha

    4 October, 2013 at 9:43 am

    bile kuar laporan audit ni tiap-tiap tahun, tkde action pun diambil. Makin teruk plak. Bila baca laoran audit, tetiba rasa mcm terkilan… lagi rasa sedih bile dengar komen2 pak menteri .. (geleng kepala)

  • Mak lagenda

    4 October, 2013 at 9:21 am

    Mgkinkkah blogger yg dikatakan dibayar itu tidak wujud dan bajet tersebut hilang begitu shj masuk ke poket2 org tertentu shj??

    Bajet kluar tp TAK SAMPAI KPD YG SEPATUTNYA..ataupun sampai tp… JUMLAH YG SMPI TAK SEPERTI YANG TERTERA?

    Yg pasti..blogger itu bukan mak! :)

    • Ariff

      4 October, 2013 at 8:03 am

      20% tu standard industry dan kalau tak silap, paling rendah.

      Ada company lagi cekik darah. Kalau sebut nama company tu, semua orang tahu

  • zie fauzi

    4 October, 2013 at 12:33 am

    ermmm…ramai betul yg sangsi kan…termasuk la saya ni…apa kata cuba forwardkan entry ni ke fanpages KJ…… Mana tau dia boleh bagi jawapan… sekurang2 nya kita warga blogger ni tak ada la fikir yg bukan2…