Duduk Rumah Jaga Kucing

Suka duduk di celah-celah

Tak banyak yang dilakukan kat rumah ni. Baru je hari kedua.. takpelah. Berehat dulu. Semalam mandikan kucing. Nasib baik kucing ni senang dimandikan. Tak memberontak langsung kalau kena air. Banyak juga yang dipelajari tentang tabiat kucing ni. Antaranya:

  • Makan nak berteman. Kalau tengah dinner, dia pun nak join makan makanan dia sekali
  • Bila datang time manja dia, kenalah layan urut-urut leher dia. Kadang-kadang mengeliat sakan dapat bermanja
  • Pagi-pagi dah keluar rumah merayau. Tengah hari/petang sikit balik. Kalau hujan, duduk berkurung dalam rumah dan tidur
  • Nak masuk rumah kalau boleh ikut pintu depan kalau dia nampak ada orang kat dalam. Pandai dia mengiau panggil suruh bukakkan pintu. Keluar ikut tingkap reti pulak

Juga sedang mengusahakan satu projek ni. Memang slow la sebab nak buat betul-betul kasi perfect. Harap dapatlah disiapkan secepat mungkin.

Disebabkan baru berkecimpung dalam arena Bursa Malaysia, rajinlah jugak baca sana sini online sepanjang hari. Sedang menunggu beberapa kaunter yang dijangka naik. Harap minggu depan dapatlah.. Nak main forex, dah keluar fatwa haram padahal mereka benda ni bukan sekadar spekulasi kosong je seperti sebab yang pihak mufti ni keluarkan.

Terus terang saya cakap, orang yang ada pengalaman main forex lebih pandai dalam hal ekonomi dan analisis daripada mereka yang berdagang di Bursa Malaysia. Banyak yang saya nampak golongan yang main saham sekadar nasib dan tunggu analisis/cakap orang lain sebaliknya kalau forex, semua analisis kena buat dan faham sendiri. Dari dunia forex, ilmu tu boleh diaplikasikan dalam mana-mana pasaran saham dunia.

Sistem kewangan dunia yang membenarkan orang biasa macam kita untuk memperdagangkan matawang dan selagi sistem tu ada, tak boleh salahkan sesiapa yang pandai mengkaji dan membuat keuntungan terhadap sistem tersebut. Ramai yang tak tahu bank pun ada department yang diberi tugas untuk memperdagangkan wang mereka (wang anda) di pasaran forex untuk menjana keuntungan. Jadi nak tanya, hukum haram tu jatuh ke tak kat sini?

Walau bagaimanapun, mereka ada cara tersendiri untuk menyembunyikan aktiviti ini untuk mengekalkan status syariah. Dengan modal yang banyak, lagi mudah sebenarnya untuk membuat keuntungan yang banyak di pasaran forex.

Yeay!

Petang lepas Bursa Malaysia tutup pergi jogging. Tujuh bulan tak bersenam, memang habis sengal sana sini lepas jogging.

Panas betul Malaysia ni. Takut nak keluar rumah. heheh.. dulu takut nak keluar sebab sejuk sangat, sekarang sebab panas sangat. Terbalik.

Esok? Esok merayau-rayau sekitar Lembah Klang. Sorang je.. Sebenarnya tak berapa minat jalan-jalan Sabtu & Ahad tapi sebab dah ada ‘kerja’ jaga saham, nak buat macam mana..

Kalau terserempak tu.. tegur-tegurlah.. btw. terima kasih @ayongqiela @fzreen & @fzmy atas operasi cuba menggemukkan saya. Cuba lagi dan semoga berjaya!

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

24 Comments