Dua Touch Screen Phone

Aku teringat 2 tahun dulu, masa tu aku nak beli phone Nokia ape ntah sementara menunggu iPhone 3G keluar dan nak menggantikan telefon Nokia 3315 yang dah nazak dan tak boleh direpair langsung dah (keypad dia hancuss). Aku cakap lah pasal aku nak tunggu iPhone 3G ni keluar dulu, baru beli. Sekali orang kat Tesco jurujual handphone yang terdengar masa aku cakap tu macam buat reaksi muka “eleh.. mampu ke mamat nih?” Aku tak nampak time tu, tapi kawan aku yang bagitau lepas tu. Yelah, masa tu aku nak beli Nokia harga RM85 je kan..

Hujung tahun tu aku beli iPhone 3G dari New Zealand. Seterusnya, ia diterbangkan ke Russia.. Aku dah cakap, kalau aku nak beli, aku beli.

Dua tahun kot aku guna iPhone 3G 8GB ni. Banyak gaklah pengalaman dengan phone ni. Break up ngan awek sorang, skandal ada satu Memang berguna sebenarnya telefon canggih-canggih ni. Hanya orang yang ada sahaja faham apa yang aku cakapkan ni. Dari segi kapasiti 8GB tu, aku rasa memang cukup je sebab aku guna phone ni bukan untuk multimedia sangat pun. Setakat letak lagu dalam tu je. Yang buat phone ni tahan adalah casing dia yang diperbuat daripada getah tu. Terjatuhla macam mana pun iPhone tu tetap ok.

Balik Malaysia tahun ni, aku cukup bertuah sebab Maxis terima permohonan aku untuk program Maxis10 Samsung Galaxy S. Lebih bertuah lagi, review yang aku buat tu diorang suka, sekali gus Maxis hadiahkan terus Samsung Galaxy S tu kat aku. Maka bermulalah era aku pegang dua touch screen phone kalau keluar mana-mana. Kira-kira balik, dua phone dalam tangan aku ni je dah nak cecah RM5000. Gila! Mana ada orang pegang dua-dua touch screen phone. Nampak kaya sangat macam tu, padahal tak pun!

Bukan satu tanggungjawab yang mudah nak pegang dua benda mahal ni. Alangkan satu telefon tu pun kalau terlupa letak mana dah kelam-kabut jadinya, inikan pula dua. Sebulan lebih aku pegang kemas dua phone ni, aku rasa sekarang ni dah sampai masanya untuk aku lepaskan salah satu. Kurang-kurang aku dapat balik sebahagian daripada duit yang dibajetkan untuk phone ni, kira macam extra money la.

Pengiraan bajet untuk aku beli iPhone 3G camnih: RM2 sehari x 365 hari x 4 tahun =  RM2900. Bila ada perancangan bajet camni, takdelah rasa bersalah sangat atau bodoh sangat nak beli benda mahal. Dah cukup 4 tahun baru tukar atau dalam hal aku, dah 2 tahun jual.

Jadi itulah kisah aku bersama telefon-telefon mahal ni. iPhone 3G akan bertukar tangan minggu ni. Sedih dan sayang gak rasanya nak lepaskan. Tapi, masanya telah tiba..

2010/2011 Premium Sponsor


44 thoughts on “Dua Touch Screen Phone

  1. Jangan lupa downgrade ke IOS 3.13 sbb IOS4 kat iphone 3g mmg slow. Nanti kecewa rockstar kita :D

  2. aku rasa owner baru tu akan jaga iphone tu baik-baik..sampai ko pulang semula ke Malaysia. Aku rasa dia akn jaga baik-baik mcm mana dia jaga friendship kita..

  3. aku sampai sekarang tak tersampai lagi hajat nak dapatkan iphone 3g tu tapi cara bro memang sempoi la, kumpul rm2 sehari untuk dapatkan handphone dalam tempoh 4 tahun

  4. lor….skrg tgh plan n kayuh slow2 utk dptkan iphone..

    blh review samsung tu tak?my future sis in law baru pakai n dia kate best…nak review utk en. bf..

  5. best2…
    phone lama mesti lah banyak kenangan dengan kita…
    tapi takkan sampai 2 touch screen phone nak pakai sekali gus kan?…
    hehehe..

  6. dah dapat buyer ya?
    takpe, at least U get something better kan?
    =)

    aku masih setia guna Nokia 5800 tu~
    semua benda terpaksa di-hold sampai lepas raya disebabkan lepas raya baru aku dapat aturkan semula kewangan aku~
    *sadis*

  7. aku merasa la jugak pakai phone boleh sentuh sentuh skrin. nokia 5530 yang tak best langsung tu. main beli ikut nafsu je. asal boleh sentuh sentuh skrin. last2 menyesal tak sudah.

    aku ingat nak ikut cam strategy kau la bro, kumpul sikit2 dulu duit. dah cukup duit, boleh sambar dslr satu. hehe

  8. wah hebat…aku pun tak penah merasa phone touch skrin ni…smart phone jauh sekali..haha