Dua Kerja

Zaman sekarang ni dah normal kalau sorang boleh buat dua kerja. Banyak faktor mendorong untuk buat dua kerja ni, salah satunya yang pasti adalah sebab kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dua kerja ni dah jadi darah daging saya dari dulu lagi. Masa belajar sibuk dengan blog, sampai sekarang. Why not kan? Student life adalah tempoh di mana kita ada paling banyak free time. Rugi kalau tak start something masa tu.

Kemudian bila dah start kerja kat ofis, pada masa yang sama mula sibuk dengan takaful. Sekarang, tengah bina company ni dengan wife dan tambah lagi tanggungjawab sebagai seorang suami & ayah, boleh kata otak saya dah mula rasa nak sampai tahap tepu.

Satu lagi kerja yang saya enjoy adalah layan budak kecik ni

Satu lagi kerja yang saya enjoy adalah melayan budak kecik ni. Gambar masa kat Jepun haritu. Boleh follow Instagram kalau nak tengok lagi

 

One can only do so much at a time.

Bagi yang masih belum ada dua kerja dan sedang mencari, saya boleh share sikit beberapa cadangan.

Kalau ada kereta sendiri dan lesen penuh, boleh jadi pemandu Grab/Uber. Saya rajin jugak gunakan perkhidmatan ride sharing ni dan setiap kali saya gunakan perkhidmatan ni, saya interview driver untuk mengetahui kisah mereka.

Baru-baru ni jumpa yang kerja di MAB (Malaysia Airlines Berhad) sedang menghabiskan cuti tahunannya. Sebulan cuti dihabiskan untuk cari duit sebagai pemandu Grab. Katanya, lebih kurang RM200 sehari (bersih, selepas tolak minyak dan potongan daripada Grab) setakat ini. Ada kenalannya, student perempuan jadi pemandu Grab dan dapat pendapatan sehingga RM6,000+ sebulan. Kerja jadi driver ni tak susah mana pun. Kalau tak tau jalan, ada Waze/Google map. Sesiapa pun boleh buat sebenarnya, antara nak dengan tak je.

Dan saya nampak kenapa nak cari duit sebagai pemandu Grab ni mudah. Masa nak sampai ke destinasi tadi, tiba-tiba phone pemandu saya ni dapat notification yang mengatakan ada pelanggan lain sedang menunggu di destinasi seterusnya (beberapa km dari destinasi saya). Semuanya automatik. Pemandu hanya perlu tunggu dalam kereta dengan phone on sahaja. Customer akan diberikan oleh sistem.

Kalaulah buat kerja takaful macam ni kan best. Tunggu je dengan phone. Company hantar maklumat prospek  dan lokasi nak jumpa kat mana. Saya hanya perlu ke tempat prospek untuk beri consultation. Wow.

Kalau tak boleh jadi pemandu Grab, boleh jadi Takaful specialist. One thing pasal nak jadi takaful specialist ini ialah kerja ni akan jadi main business anda nanti. Bukan sekadar part time sebab dalam industri ni, memang boleh pergi jauh kalau put effort and full commitment.

Kerja takaful ni sesuai untuk mereka yang tak nampak masa depan dalam kerjaya mereka sekarang dan mahu bertukar kepada kerjaya yang boleh bagi lebih kalau buat lebih. Saya ramai macam ni, cuma yang part buat lebih tu, susah sikit. Semuanya terpulang pada diri sendiri.

Dan kalau nak kejar beli rumah banyak-banyak dengan cepat, takaful ni jugaklah tempatnya. Itu salah satu target yang saya letakkan dulu masa ambil keputusan untuk jadi takaful specialist. Dalam masa kurang tiga tahun, objektif saya untuk kumpul 4 buah rumah tercapai. Tak banyak macam orang lain, tapi oklah. Yang penting, saya capai target yang saya tetapkan sendiri.

Nak jadi takaful specialist ni ada learning curvenya yang tersendiri. Takde masalah nak ambil masa sedikit untuk belajar dan biasanya lepas dua tahun, semua orang dah jadi expert. Sesuai sangat kalau nak start as part time dan lepas beberapa tahun convert jadi full time.

Potensi income unlimited, ikut skill & berapa banyak usaha kita. Training dan guidance semua disediakan. Semuanya akan diajar kalau anda jenis yang terbiasa disuapkan. Bagi yang berminat, boleh contact saya.

Nak buat dua kerja atau lebih ni memerlukan perancangan yang betul dan disiplin yang tinggi. Walaupun begitu, bila dah beberapa tahun, akan sampai tahap di mana kita kena fokus pada satu atau dua perkara sahaja. Kalau dah kahwin dan ada anak, lagilah.

Saya sedang mengatur langkah untuk lebih fokus pada bidang yang saya minat. Doakan saya. Berdebar jugak nak keluar dari comfort zone. Tapi kalau tak keluar dari comfort zone, memang sampai bila-bila tak boleh maju.

Terima kasih kerana sudi membaca bebelan larut malam setelah sekian lama blog ni senyap.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

3 Comments

  • akubiomed

    20 April, 2016 at 1:27 pm

    Saya lihat ada anak muda yang ligat mencari pendapatan tambahan pada ketika belajar lagi. Cara mereka kreatif dan tidak pernah terfikir. Bagus pada usia muda sudah beringat mengumpul aset dan selain berkerja tetap ada pendapatan pasif.

    Pendapatan pasif boleh membantu, manalah tahu kerana langit tidak selalu cerah dan minta jauh-jauh jika terberlaku kehilangan keupayaan sudah tentu pekerjaan tetap akan terjejas. Sekurang-kurang pendapatan pasif boleh menyelamatkan.

    Macam saya seorang bekerja dan dari golongan sederhana. Mana kala isteri saya pula suri rumah sepenuh masa sejak berkahwin lagi. Ada pendapatan pasif boleh menampung apa yang patut dan nak kata hidup mewah tidaklah.