DRB-HICOM Autofest 2015 – It’s A Wrap!

drb-hicom-autofest-2015-(7)

First time saya menghadiri DRB-HICOM Autofest dan ini adalah kali keempat event ini diadakan. Ini review saya berkaitan event ini.

Seperti event-event besar yang lain, masalah paling utama ialah parking dan traffic jam. Kalau nasib tak baik, tempat event dianjurkan takde free parking dan terpaksa dicekik untuk membayar parking yang mahal. Tapi benda ni tak berlaku di DRB-HICOM Autofest.

Disebabkan ia dianjurkan di dalam kawasan DRB-HICOM, maka tiada masalah untuk park tepi jalan. Walaupun begitu, ruang tempat letak kereta yang cukup disediakan. Pengunjung boleh park secara percuma di tapak letak kereta DRB-HICOM HQ dan beberapa kawasan di sekitarnya. Paling best, dari tempat letak kereta, mereka sediakan shuttle yang terdiri daripada kenderaan pelbagai jenama di bawah DRB-HICOM.

Parking free. Entrance pun free. Nak masuk lucky draw pun free. Tak ok ke? Seperti biasa, masa Autofest ni adalah tawaran menari untuk pembelian kereta. Kalau tanya lebih lagi tu mesti boleh dapat offer yang lebih menarik berbanding yang diiklankan. Biasnya memang macam tu. drb-hicom-autofest-2015-(11)

 

Satu benda yang saya minat sangat pasal DRB-HICOM Autofest 2015 ni ialah peluang untuk test drive pelbagai jenama kereta. Yang tak boleh test drive lori Isuzu je. haha.. Masa inilah nak merasa test drive kereta mewah tanpa rasa segan silu. Kalau hari biasa, memang takdelah.. Nak jejak masuk showroom pun segan, apatah lagi nak test drive.

drb-hicom-autofest-2015-(4)

Oleh sebab itu, saya tak lepaskan peluang untuk test drive Audi TT keluaran 2015. Kereta berharga RM285,000 katanya memang laris sampai ada waiting list. Order sekarang, April 2016 nanti baru dapat. Mana taknya, design memang cantik dan agresif berbanding model sebelumnya.

drb-hicom-autofest-2015-(6)

Selain tu ada booth Lotus F1 di mana mereka bagi peluang untuk pengunjung cuba sendiri tukar tayar kereta lumba Formula 2000. Kereta Formula 2000 ni adalah kereta training pelumba F1. Saya berjaya tukar tayar dalam masa 10 saat. Reaction time pantas. Ada potensi jadi F1 engineer ni. hehe..

drb-hicom-autofest-2015-(9)

Ada sesi lelongan kereta terpakai daripada Proton. Ingatkan mereka nak lelong kereta Waja / Pesona atau apa-apa model lama yang belum terjual, sekali tengok kereta yang nak dilelong majoriti Preve yang berkilat. Kereta-kereta ni biasanya show room unit very minimally utilized dan well maintained. Lebih bagus daripada used car sebenarnya. 

Ada orang mungkin fikir, “alah kalau pergi event kereta macam ni, mesti leceh sebab ada budak-budak”. Jauh sama sekali. Kat DRB-HICOM Autofest 2015 ni ada dua tempat parent boleh lepak dengan anak-anak mereka. Satu tempat dikhaskan untuk ibu menyusu anak, satu lagi seperti gambar bawah ni macam mini party untuk budak-budak.

Banyak aktiviti kat sini untuk mereka. Face painting, benda-bendar art yang saya tak tau namanya, melukis dan mewarna. Free ice-cream by the way dan apa yang apa-apa yang ada atas meja tu.

drb-hicom-autofest-2015-(8)

Juga ada pelukis karikatur. Macam biasa, free. Alang-alang dah ada kat sini, saya pun tumpang sekaki.

drb-hicom-autofest-2015-(10)

Hasilnya. Tengok dua tiga kali macam Superman pun ada jugak.

drb-hicom-autofest-2015-(2)

Food truck beroperasi sepanjang event. Harga macam biasa. Takde kenaikan melampau walaupun dalam event macam ni.

drb-hicom-autofest-2015-

Tak jauh dari tempat food truck ada stage di mana para buskers, pertunjukan silap mata dan pertunjukan lain berlangsung. Sebelah stage ada ‘wheelie rig’ Modenas di mana mereka menunjukkan aksi wheelie dengan motosikal Modenas.

drb-hicom-autofest-2015-(5)

Paling best pengunjung di ajak untuk try sendiri rig ni. Tapi kali ni saya tak participate sebab segan pulak semua orang tengok. Tergolek nanti tak pasal-pasal je.

Last-last badut ni yang layan wheelie.

drb-hicom-autofest-2015-(12)

Tak sempat tengok siapa yang menang grand prize lucky draw ni. Untung lah…

drb-hicom-autofest-2015-(3)

Impression saya pada awalnya ialah DRB-HICOM Autofest 2015 ini mesti macam acara pameran kereta yang lain, penuh dengan ‘gadis litar’ sahaja dan orang ramai yang datang sebab nak cuci mata. Hm.. Kat komen dalam entri sebelum ni pun ramai cakap nak cuci mata.

Tapi sangkaan saya dan semua orang meleset. Memang takde gadis litar. DRB-HICOM Autofest 2015 ini bukan macam acara pameran kereta yang lain. Saya lihat event ni lebih family friendly dan mesra pengunjung. Event ni tak nampak komersil dan seolah-olah DRB-HICOM membelanjakan duit mereka untuk meraikan pengunjung yang berminat untuk mengetahui jenama-jenama yang berada di bawah konglomerat ini.

Syabas kepada DRB-HICOM kerana menganjurkan event ini. Tak sabar nak tunggu Autofest 2016 pulak.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments