Dollar Cost Averaging Dalam Pelaburan Unit Trust

Apakah itu Dollar Cost Averaging (DCA)?

DCA adalah kaedah pelaburan dengan melabur satu amaun tetap ke dalam instrumen pelaburan (saham, unit trust) dalam satu jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengira harga semasa instrumen pelaburan tersebut.

Melalui DCA, lebih banyak unit akan dibeli ketika harga instrumen pelaburan rendah dan semakin sedikit akan dibeli ketika harga instrumen pelaburan naik. Dengan itu, harga purata keseluruhan unit yang dibeli adalah lebih rendah berbanding kalau dibeli pada satu masa dengan jumlah pelaburan yang sama.

DCA mengurangkan risiko kerana jumlah yang dilaburkan adalah kecil setiap bulan dan sekalipun harga unit jatuh pada bulan hadapan, pelabur masih lagi mempunyai dana dan dapat mengurangkan harga purata unit pelaburan yang dipegangnya.

Contoh, Chris membeli saham restoren Billy Bob sebanyak $200 setiap bulan selama 4 bulan.

Pada bulan Januari, nilai saham restoren itu adalah $50 seunit. Jadi dia beli 4 unit saham.

Pada bulan Februari, nilai saham restoren adalah $40 seunit. Jadi dia beli 5 unit saham.

Pada bulan Mac dan April, nilai saham adalah $25 seunit. Jadi dia beli 8 unit saham pada kedua-dua bulan itu.

Jumlah saham dalam pegangannya adalah 25 unit dengan nilai $800. Oleh itu, purata harga sesaham adalah $32.

Kalau dia laburkan kesemua $800 tadi pada bulan Januari, dia hanya dapat 16 unit saham dengan harga $50 sesaham.

Kenapa Saya Highlight Tentang Perkara Ini?

Saya mempunyai kenalan di kalangan remisier yang sudah berada di pasaran saham sejak 1995 dan kebanyakan remisier old timer ni berpendapat pasaran saham akan jatuh tak lama lagi.

Masa jatuh inilah yang paling sesuai untuk membeli saham/unit trust pada harga borong. Dengan kaedah DCA, risiko dapat dikurangkan sebab kita beli sikit-sikit. Kalau jatuh, boleh beli lagi.

DCA ni semua orang boleh buat, walaupun anda student. Saya yakin budak student yang buat kerja part time mesti ada extra cash dalam RM100 sebulan dan duit tu bolehlah digunakan untuk DCA ni.

DCA Dalam Takaful

Kepada yang mengambil medical card dengan savings plan, anda secara tidak langsung sedang mengamalkan konsep pelaburan DCA ini. Untuk pengetahuan, amaun dalam savings plan produk PruBSN Takaful dilaburkan dalam dana unit trust patuh syariah yang diselia oleh Eastspring Investment.

Eastspring telah memenangi 4 award di The Edge Lipper Fund Awards 2014 dan tersenarai dalam Morning Start Top 5-Star Rated Funds, bertepatan dengan tips unit trust yang saya kongsikan sebelum ini.

Saya hanya memilih produk yang terbaik untuk diketengahkan kepada pembaca saya.

10 Comments