DIY Dengan ONETIME Lightweight Spackling

Bagi pemilik hartanah lelong atau subsale, masalah seperti rumah rosak memang tak boleh dielakkan. Yelah, kita beli dari pemilik lama, tak banyak sikit mesti ada cacat cela yang perlu dibaiki.

Kerosakan biasa yang dialami adalah dinding berlubang akibat daripada pemasangan perkakas seperti kabinet / rak pada dinding dan retakan halus (hairline crack) pada dinding.

hairline-crack

Hairline crack terutamanya, kalau tak ditampal menggunakan produk yang betul boleh jadi teruk. Rumah kalau dah lama sikit mesti akan mengalami masalah hairline crack ni.

Tidak terhad kepada kerosakan daripada pemilik lama, kadang-kadang kita sendiri yang sebabkan kerosakan pada dinding ni. Tersalah drill lubang atau ketuk paku kat dinding tu memang dah jadi perkara biasa yang menyebabkan dinding rosak.

Pada kebiasaannya kerosakan seperti ini diserahkan kepada kontraktor sahaja untuk dibaiki, tak pun dibiarkan sahaja. Kalau tak disorokkan. Betul tak?

Sebenarnya, tak perlu pun nak sorok pun dan ada cara yang mudah dan murah untuk membaiki dinding rosak ini. Paling penting, semua orang tak kisahlah pernah repair rumah ataupun tidak, boleh lakukan sendiri kaedah ini.

Untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan produk ONETIME Lightweight Spackling & ONETIME Wall Repair Patch yang dibawakan khas oleh Sri Rx.

Kalau dinding mengalami retakan halus, ada lubang paku atau dinding rosak dihentak objek keras, boleh gunakan produk ONETIME Lightweight Spackling ni. Produk ni memang khas untuk membaiki kerosakan kecil pada dinding, tak kiralah dalam atau luar rumah.

onetime

Keistimewaan ONETIME Lightweight Spackling ini berbanding produk sealant yang lain ialah ianya sangat ringan. Oleh itu, kemungkinan untuk lubang yang telah ditampal terbuka semula atau retakan menjadi lebih besar adalah sangat rendah.

Caranya mudah, sapukan terus pada kerosakan sampai rata dan biarkan ia kering dan mengeras. Bila dah keras, boleh cat balik dan kerosakan kecil tadi hilang. Kelebihan produk ini adalah ianya cepat kering, ringan (bukan berat macam simen) dan tak perlu nak guna kertas pasir sebelum dicat. Very simple.

Kalau lubang pada dinding besar, gunakan ONETIME Wall Repair Patch. Definisi besar yang dimaksudkan di sini ialah kalau dah boleh masukkan jari dalam lubang tu, maka dah boleh dianggap besar.

wall patch 3

ONETIME Wall Repair Patch dibuat daripada besi bergalavani yang tahan karat, jadi memang tahan lama. Nak gunakannya senang je, mula-mula bersihkan kerosakan pada dinding tadi, pastikan takde dah sisa dinding pada lubang tersebut.

Bila dah bersih, tampalkan ONETIME Wall Repair Patch di atas kerosakan tadi. Pastikan lubang tu ditengah tengah wall patch. Tak payah guna gam untuk tampal sebab wall repair patch ni dah ada pelekatnya sendiri. Pastikan tampalan melekat elok di sekeliling lubang.

wall patch

Lepas tampal, sapukan ONETIME Lightweight Spackling tadi sehingga rata dan menutupi seluruh permukaan Wall Repair Patch. Dan.. siap. Biarkan kering sebelum dicat.

wall patch 5

Saya rasa produk ni patut ada di semua rumah sebab terlalu senang nak gunakannya. Kalau dinding rosak sikit, tak perlu dah nak panggil orang tampalkan. Guna kedua-dua produk ONETIME ni cukup dah. Kemudian dah boleh cat dan kerosakan tadi hilang.

Zaman semua harga barang naik ni kena pandai berjimat. Mana yang boleh buat sendiri, kita buat sendiri. Tak perlu upah orang.

Berapa harga produk ni? Murah je. Lagi best, GST diserap oleh pengedarnya, Sri Rx. Senarai harga seperti di bawah, ada promo price untuk pembaca blog ni.

ONETIME Lightweight Spackling:

  • 1 gallon – Retail Price RM99 Promo Price RM79
  • 1 quart – Retail Price RM33 Promo Price RM27
  • 1 pint – Retail Price RM20 Promo Price RM16
  • 1/2 pint – Retail Price RM13 Promo Price RM11
  • 6 oz. tube – Retail Price RM17 Promo Price RM14

ONETIME Wall Repair Patch:

  • 4″ x 4″ – Retail Price RM12 Promo Price RM10
  • 6″ x 6″ – Retail Price RM16 Promo Price RM13
  • 8″ x 8″ – Retail Price RM20 Promo Price RM16

Untuk sebarang urusan tempahan dan pembelian, sila hubungi terus Sri Rx melalui emel srirx@sriribuan.com.my Kedua-dua produk ini dibawakan secara eksklusif oleh Sri Rx: How D.I.Y. Should Be

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments