Jadi Betullah Dividen Saham Bank Rakyat 15%

Reading Time: < 1 minute

dividen bank rakyat

Tertanya-tanya jugak apa jadi kat saham Bank Rakyat saya. Buka akaun tahun 2012 dulu, takde dengar cerita pun tahun lepas.

Last weekend balik rumah baru dapat surat penyata dividen Bank Rakyat untuk 2013. Jumlah dividen adalah 15% tapi kena tolak RM10 untuk sumbangan ke dalam tabung pendidikan Bank Rakyat.

Memang susah nak dapat kuota saham Bank Rakyat ni. Saya apply tahun 2012 dulu tak approve lagi. Tunggu jelah.

Kepada yang belum ada, boleh buka akaun saham dengan simpanan minimum RM500. Sesiapa pun boleh. Yang ni takde kuota. Lepas buka akaun, minta terus borang penambahan saham. Apply je walaupun tak tau bila boleh dapat kuota.

At least dah ada duit yang disorokkan daripada tangan kita sendiri. Takkan tak boleh kot nak berkorban sehelai tudung Fareeda buat simpanan.

Kepada yang tak dapat kuota nak simpan di bank rakyat tapi masih nak tingkatkan pelaburan, boleh baca entri ni.


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Jadi Betullah Dividen Saham Bank Rakyat 15%”

  1. siti hazreen Avatar

    alhamdulillah terima kasih bank rakyat… ;)

  2. #JomKurusPH Avatar

    InshaAllah kena book ni.

  3. Afiq Avatar

    Alahai dah tutup rasanya, tak sempat nak buka akaun huhu…

  4. Ahmad Ijat Avatar

    Fuh, 15% tu tinggi tu. Mana nak dapat kat tempat lain.

  5. asyifa' Avatar
    asyifa’

    Alhamdulillah..betol.b.rkyt adalah yg tertinggi bg dividen..walaupun lalui byk cbrn..lbih2 lg pd suku prtama thun ini..inshaa Allah..dgn syariah compliance..we do the right things..selari dgn syarak..Allah akn mempermudahkn.. Keep supporting us..bank rkyt bank pilihan anda..#smpt lg.hehe

  6. jimi awang Avatar
    jimi awang

    Saya beli share tu pada 1993,alhamdulillah hasilnya lumayan
    kepada yang belum beli tu eloklah selalu tanya bank rakyat

    1. Ariff Avatar

      Wow. Mesti dah banyak dapat kuota ni

  7. myrujukan Avatar

    memang bank rakyat bagi 15%, setakat ni bank ni la yang bagi tinggi kalau x silap saya

  8. hazman aka species1980 Avatar

    Ayat pasal Tudung Fareeda tu memang agak sinikal…. hehehehe

  9. Bungkilan Avatar

    Artikel menarik dan sangat berinformasi. Sebelum ni tak tau pula yang kena tunggu makluman dulu baru boleh mohon saham Bank Rakyat. Kalau tak baca artikel ni memang takkan tahu tentang tu.

  10. abe kie Avatar

    salam. saya pun ahli bank rakyat juga. syukurlah dpt rm250 dividen thn ni. sy jadi ahli sejak 2001.

  11. akubiomed Avatar

    Ingatkan tidak boleh memohon. Rupanya perlu tunggu jika ada yang jual syer.

    1. M Avatar

      Tak semestinya tunggu orang jual. Bank Rakyat ni koperasi, so ada waktu-waktu untuk dia issue share baru. Rajin-rajin baca segmen bisnes dalam surat khabar mainstream.

  12. myvitrd Avatar

    saya pun baru je terima penyata yg sama semalam.. tahun lepas dapat juga… kira ni tahun kedua dapat dividen saham bank rakyat

  13. Aslam Avatar

    Setahu gua dividen bank rakyat ni tak compounded.

    1. Ariff Avatar

      Yup. Tak compounded. Tahun 2013 dapat cash dividend 15% + 2% dividen saham. Yang 2% tu compounded.

      Nak compoundkan, dapat cash dividend tu keluarkan dan sumbat la dalam Tabung Haji/ASB. Apa susah?

  14. nadri cool daddy Avatar

    Mmg agak susah utk dpt kan quota saham bank rakyat nie dek kerana dividennya yg tinggi.

    10 tahun dulu klu buat personal loan bank rakyat diwajibkan membeli sahamnya. Skrg fenomena itu tiada lagi..

  15. Azri Johan Avatar

    ohhh ingatkan ada kuota untuk Saham Bank Rakyat ni, sebab sebelum ni ada terbaca kuota terhad dan semua unit dah full… 15% tuuuu..

    1. Ariff Avatar

      Yang kuota tu memang ada, cuma kalau nak daftar baru masih terbuka.

  16. UpProfits Avatar

    Menarik idea tuh..drp beli tudung mahal2 baik simpan kan..beranak jugak 15% setahun..hehe.. ;-)