Diskaun Pembelian Kereta Hujung Tahun 2014

diskaun beli kereta

Seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ni, kalau nak dapatkan diskaun pembelian kereta, beli masa hujung / awal tahun dan masa merdeka sebab masa-masa inilah ada diskaun untuk pembelian kereta.

Sebab utama adalah hujung / awal tahun untuk mereka habiskan stok kereta tahun sebelumnya dan masa pertengahan tahun.. tak pasti kenapa. Mungkin supaya mereka dapat cantikkan laporan kewangan syarikat pada suku tahun tersebut.

Jadi berapa je diskaun yang dapat?

  • Honda City – RM3000
  • Honda Jazz – RM4000
  • Swift – RM5000

Tiga ni jelah saya survey sebab tiga ni je yang saya mungkin akan beli. Tapi kalau ada yang nak sponsor, saya menerima dengan seadanya. Untuk Swift, ada tawaran interest rendah 1.68% kalau tak nak diskaun. Kena pilih salah satu.

Kelebihan kalau ambil diskaun Swift ialah low downpayment bagi yang kurang bajet tapi masih nak kereta jenama Jepun. Kalau nak instalment rendah, ambillah pakej low interest tu.

Jadi buat masa ni, masih tiada keputusan yang boleh saya buat. Tapi kalau tiba-tiba boss bagi kenaikan pangkat jadi manager, esok jugak saya ambil Honda City. Tengoklah rezeki macam mana..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments