Bagaimana Mendapatkan Diskaun Terbanyak Semasa Membeli Kereta?

Beberapa bulan ni sibuk mencari tawaran terbaik untuk membeli kereta. Plannya nak belilah kereta sementara dapat kerja baru.

At this point, saya pilih Honda Jazz sebab tak kecik sangat macam Swift/Myvi dan lebih jimat minyak berbanding Vios atau City. Kereta second hand memang out of my list. Masalahnya sekarang ni Honda Jazz CKD masih lagi pada tanda harga yang baru (harga baru start Julai/Ogos hari tu), jadi susah dapat diskaun.

Pada kebiasaannya, pengeluar kereta akan berikan diskaun menjelang hujung tahun. Jadi kepada sesiapa yang nak beli kereta, hujung tahun bermula Oktober tu dah boleh window shopping kereta apa yang nak dibeli dan tawaran terbaik yang boleh anda dapat. 

Tujuan diskaun ni adalah untuk stock clearance sebab semua orang nak kereta baru. Dah hujung tahun semua orang nak kereta yang dibuat pada tahun berikutnya, bukan pada tahun semasa supaya senang bila mereka nak jual balik nanti, kereta tu takdelah ‘tua’ sangat. Jadi untuk galakkan orang ambil stok tahun semasa, mereka bagi diskaun. Sebenarnya takde beza pun kalau nak guna kereta untuk long term. Tapi baguslah sebab boleh bagi peluang kat orang lain dapat diskaun untuk pembelian kereta mereka.

Satu peraturan yang perlu diikut kalau nak beli kereta ialah, don’t rush. Window shopping dulu untuk tawaran terbaik. And that is what I did, dari hujung bulan November sampai awal Januari.

Hujung bulan 12, dapat deal dengan satu salesman dari Penang. Cashback RM800 serta full tank petrol dan smart tag. Total value around RM1,000. Not bad la untuk kereta yang secara rasminya memang takde diskaun langsung daripada pengeluar. Tapi tak beli lagi, saya tunggu.

1 Januari, Honda umumkan ang pow RM888 untuk setiap pembelian kereta. Untuk Honda Jazz keluaran 2013, dapat diskaun tambahan RM1,000, so total RM1,888.  Itu official daripada Honda yang most people akan ambil. Bagaimana nak dapatkan diskaun lebih daripada itu?

Simple je. Masuk website seperti Mudah.my atau Oto.my dan contact semua sales person yang ada iklankan untuk kereta tu. Kalau bertuah, ada sales person yang sanggup bagi diskaun dan free gift dan biasanya diskaun tu datang daripada komisen mereka. Walaupun untung sikit, mereka sanggup semata-mata untuk achieve target.

Of course feel free untuk pergi test drive kereta. Tak semestinya kena book kereta terus masa test drive

Of course feel free untuk pergi test drive kereta. Tak semestinya kena book kereta terus masa test drive

Dan dari situ, dapatlah maksimumkan diskaun yang boleh didapati semasa pembelian kereta. In my case, jumpa dua sales person (different branch) yang sanggup bagi diskaun sehingga RM3,000 (termasuk diskaun daripada Honda sekarang). Walaupun begitu, bukan semua brand boleh dapat diskaun macam ni. Brand terlebih popular macam Toyota boleh kata jangan mimpi la nak dapat diskaun. Sales person pun banyak yang berlagak.

Selain daripada hujung tahun, masa Merdeka atau Hari Raya pun kadang-kadang ada tawaran diskaun ni. Jadi boleh kata macam ni la, kalau nak jimat duit sikit, tunggu je waktu pengeluar kereta ni bagi diskaun. Jangan beli masa takde tawaran diskaun daripada pengeluar kereta.

At the end, setelah berbincang dengan family, buat keputusan untuk menangguhkan pembelian. Guna je apa yang ada dulu. Nothing to lose sebab kereta ni lagi lambat beli, lagi bagus sebab macam-macam teknologi dan pembaharuan akan dibuat pada model seterusnya.

Walaupun tak jadi beli, it’s a worthwhile experience for me. So after this tau dah nak buat apa bila nak beli my first car.

Comments

  1. says

    Salesperson yang bagus dia akan sentiasa follow up kita..aku pernah jumpa salesperson Nissan..3-4 kali call dalam sebulan..siap tanya apa masalah aku n counter offer kalau aku cakap dah cakap jumpa tempat lain nak deal..sangat positif orangnya. Tapi malangnya, eventhough dia counter offer aku banyak..aku masih lagi berdegil nak ambik dengan orang lain. hahaha.
    Entri terbaru Hafiz Rahim >> Suara Emas Elizabeth TanMy Profile

  2. says

    hujung tahun lepas honda city ada diskaun sehingga 10k sebab design baru honda city sedia untuk dilepaskan ke market.
    honda jazz memang smart, sesuai dengan kehidupan kotaraya sebab pakai kereta besar2 pun jem susah nak menyelit..hehe
    Entri terbaru ejam >> Rampasan Kuasa.My Profile

  3. chronic says

    kesian la kt sales person..kalo korng asik nk sembelih diorng tolak komisyen sendiri ape yg diorng nk mkn??come on la,korng org bijak,so don’t take advantage la dgn rezeki org lain..