Digi WWWOW Awards 2015

digiwwwow-1
Digi WWWOW Awards datang lagi. Tahun ni dan sejak 1-2 tahun kebelakangan ni saya tengok ada perubahan drastik pada majlis anugerah ni.

Digi WWWOW kini semakin berprestij dari tahun ke tahun. Dari segi pemilihan calon dan pemilihan pemenang, saya nampak award ni bukanlah award suka-suka untuk masuk dan mereka memang nak cari yang terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

digiwwwow-2

Paling best yang saya suka tentang Digi WWWOW ini ialah pemenang akan diberi peluang untuk duduk bersama pakar dalam industri untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang industri masing-masing dan brainstorm bagaimana untuk memajukan platform mereka. Memang satu peluang keemasan untuk semua pemenang.

Sebanyak 8 kategori yang akan dipertandingkan tahun ini dan kategorinya adalah seperti berikut:

  1. Video dan fotografi
  2. Social Influencers
  3. Content Publishers
  4. Web E-Commerce
  5. Mobile E-Commerce
  6. Social Media E-Commerce
  7. Social Impact
  8. Social Movement

Dalam banyak-banyak kategori ni, saya rasa tahun ni saingan paling sengit adalah pada kategori Web E-Commerce. Bayangkan calon-calon yang menyertai kategori ni ada potensi untuk menjadi gergasi E-Commerce seperti Fashion Valet, Christy Ng Shoes ataupun Pestle & Mortar. Memang tertarik nak tengok siapa yang akan jadi finalis untuk kategori ni tahun ini.

Kalau tanya saya macam mana nak menang kategori ni, saya bukanlah orang yang sesuai untuk bagi tips sebab bukan E_Commerce bukan bidang saya tapi dengan pengalaman yang ada sebagai penulis blog selama paling kurang 6-7 tahun ni, ini tips yang mampu saya kongsikan:

  • Surfing / shopping experience mestilah lancar, page cepat loading
  • Rupa dan design mestilah kemas dan bersih. Rekabentuk minimalis
  • Menggunakan saluran pembayaran online automatik di mana pelanggan hanya perlu isi borang dan bayar terus dalam website
  • Cara pembayaran yang pelbagai daripada direct online transfer sehinggalah ke kad kredit
  • Content / barangan yang dijual berubah dan sentiasa dikemaskini
  • Paling penting, unique selling point. Apa ada pada produk tu yang membuatkan web / produk anda lain daripada yang lain. Dalam keadaan sekarang, terlalu banyak barang / jenama dalam sesuatu kategori produk dan biasanya yang unik akan lebih bertahan lama dan mempunyai peluang yang lebih besar untuk menjadi market leader

ariffshah-digiwwwow-3

Semoga berjaya kepada semua yang bertanding untuk memenangi anugerah Digi WWWOW ni. Sebagai seorang yang bergiat aktif dalam media sosial dan menghasilkan 100% content sendiri, saya belum pernah bertanding dalam anugerah ni, patut ke saya join tahun ni? Apa kata anda?

Tarikh penting untuk Digi WWWOW Awards 2015:

  • Nomination & Submission: 14 September – 25 Oktober
  • Voting: 19 – 30 Oktober
  • Judging & Shortlisting: 13 Oktober – 13 November
  • Award Night: 20 November

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

4 Comments