Demam Raya

Selamat Hari Raya!

Raya pertama

Tak pernah terjadi sebelum ni. Inilah kali pertama saya demam selsema di musim perayaan ni. Tak tahu macam mana boleh kena.

Mak saya cakap hebat jugak keluarga kami beraya tahun ni. Kalau masa tahun-tahun sebelum ni melawat 2-3 lokasi je, kali ni adalah dalam 5-6 lokasi beraya. Agaknya sebab semua anak-anak dia ada yang buat dia ada mood nak beraya sana sini.

Walaupun tahun ni saya di pihak yang memberi duit raya, dapatlah jugak dua, tiga, empat keping ang pow. hehehe.. tak berharap pun, tapi kalau orang nak bagi, kita terima dengan hati yang gembira.

Untitled

Lemang dari Melaka, antara yang terbaik pernah dirasai. Takde kerak, masak guna kayu api, isi lembut dan cukup berlemak.

Tak taulah macam mana boleh demam. Mungkin sebab banyak sangat makan lemang atau terkena hujan masa bawa mak jalan-jalan ke i-City masa raya kedua. Apa-apa pun, belum lagi menampakkan yang demam ni nak kebah. Nasib baik boss baik kasi semua pekerja ambil ‘forced leave’ hari Khamis dan Jumaat supaya semua dapat cuti beraya panjang sikit.

Harap cepat sembuh. Tak naklah cuti lama sangat..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

20 Comments