DASH – Satu Lagi Booster Pelaburan Hartanah

DASH

Selain daripada mega developer, MRT & LRT, lebuhraya baru juga merupakan pemangkin kepada kenaikan harga hartanah.

Bila ada lebuhraya baru, kesesakan dapat dikurangkan dan tempah jauh boleh jadi dekat. Hartanah yang terletak berdekatan laluan masuk keluar lebuhraya akan dapat kesan positif daripada lebuhraya tersebut.

Bila ada lebuhraya baru, akses baru dibuka ke kawasan tersebut. Dengan ini, permintaan baru akan mula masuk ke kawasan tersebut sekaligus meningkatkan kadar sewa dan harga hartanah di kawasan itu.

Untuk DASH ni, saya nampak dua kawasan utama yang masih mampu milik seperti U5 & Subang Perdana bakal mendapat kenaikan harga yang mendadak nanti. DASH adalah booster yang ditunggu-tunggu di kawasan ini. Untuk U5 yang sememangnya menempatkan pelbagai apartment mampu milik dengan ROI yang bagus, pembukaan DASH bakal menaikkan lagi kadar sewa di kawasan ini.

Sekadar pendapat peribadi. Dua tahun lepas saya kerja di kawasan ini. Jadi tahulah sikit-sikit pasaran hartanah di kawasan ni. Senang cerita, kalau nak dapat penyewa untuk apartment biasa di dua kawasan ini memang takde masalah.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment