Sekarang ni rasanya macam banyak entri pasal pelaburan dan ekonomi kat blog ni. Dalam draft aku pun ada lagi beberapa entri berkaitan niche yang sama. blog.ariff ni nak jadi money/investment blog pulak ke?
Taklah juga. Sebenarnya aku macam segan nak post entri macam tu sebab takut nampak macam tunjuk pandai pulak. Apa yang aku tulis tu berdasarkan olahan semula daripada bacaan sumber-sumber lain dan sedikit pendapat peribadi. Malulah pulak bila banker & innvestor seperti Abang Ensem baca blog ni.
Dulu masa temuramah Kosmo, mereka ada tanya sampai bila nak blog tentang Russia atau pada masa hadapan bila dah habis study, nak blog pasal apa pulak? Jawapan aku, blog in akan mengikut aliran kehidupan aku. Kalau masa tu tengah fokus pasal kerjaya dan kewangan, maka banyaklah entri berunsurkan perkara-perkara tersebut.
Manalah tau sikit masa lagi kalau fokus pasal anak pulak, keluarlah entri pasal baby dan sebagainya. Tapi… tu macam jauh sangat lagi. hoho..
Dan sebab itulah blog personal ni best, aku boleh merepek ikut suka hati dan minat aku. Tapi dalam merepek pun, aku cuba pastikan yang masa pembaca taklah terbazir kalau baca entri kat sini.
Gambar takde kaitan tapi saje nak tunjuk pembelian minggu lepas. Tinggal di negara sejuk ni best, selesa sangat kalau pakai kemeja dengan suit/blazer. Sekarang kalau pergi kelas macam orang kerja pejabat dah.
Rasa macam sayang pulak nak tinggalkan negara sejuk ni. Tak, tak nak tinggal sini, nak cari negara sejuk yang lain. Boleh?
26 Comments
Noriz
3 October, 2011 at 9:11 amapa salahnye jadi blog finance pun…
u gives people knowledge, sapa nak belajar tu leh stick around…
sapa tak nak, jgn la baca kan..
ilmu ni tak kira muda tua,
akak ni nama je grad dr finance course tpi lemau lagi bab invest & saving..
and i learn alot from here :)
Nizam6281
2 October, 2011 at 10:30 pmBalik kena BTN balik kekeeke
Esempoi
2 October, 2011 at 6:37 pmyang penting puas berblogging
:-)
Lizz
2 October, 2011 at 12:30 pmbiasanya, kalau kita dah ada azam nak berjaya dalam sesuatu bidang..kita akan berusaha. so, teruskan je. aku pun sekarang tengah belajar nak buat bisnes kecik2. saje nak test guna blog. tengok berjaya ke tak. tengah buat research sikit2. hehehehe. good luck!!1 dah kaya, campak2 ar duit kat aku sikit.wakakaka
titan
2 October, 2011 at 11:29 ampehh..antara yang leading. Aku harap ko menang. :)
ekspresiruang
2 October, 2011 at 7:17 amdok kt negara sejuk mmg best bergaya. rs xmalu dan sgt selesa. klu kt malaysia nk pakai jaket smart tebal2 mmg seksa. tp ada jugak yg xkesah. biar panas asal bergaya la katakan. hehe
saiazuan blog
2 October, 2011 at 3:39 aminvestment? menarik~ aku brminat nak blaja psl ni..
nizam ijam
1 October, 2011 at 11:22 pmariffshah memang terbaik la..kena banyak belajar nie..hehe
alex adriana
1 October, 2011 at 11:18 pmtak kisah nak share apa2 pun. kalau satu bentuk ilmi biar ilmu yg betul.. bukan tunjuk pandai kalau kita dah terlebih dulu buat research kan.. sekadar berkongsi
Umar Faruq
1 October, 2011 at 11:14 pmHehe.. Sebab inilah aku suka baca blog ko.. Go with the flow..
izwannizam
1 October, 2011 at 10:47 pmok je kalau nak tulis pasal kewangan ni.share ilmu dengan semua :)
Khidhir
1 October, 2011 at 10:45 pmTopman..
Jyundoo
1 October, 2011 at 8:59 pmSalam Bro.
Bila kita menulis sesuatu, xsemestinya kita pakar dalam bidang itu kan. Kan lebih selesa dianggap perkongsian maklumat. ilmu yg dikongsi, akan makin bercambah. beruntung dapat jejakkan kaki ke negara sejuk, aku lom poneh laei nak jejak ke sano eh. he
Ariff
2 October, 2011 at 3:26 amUntung tak untung, kadang2 bila tidur termimpi-mimpi KFC malaysia.
abangensem
1 October, 2011 at 7:24 pmAla bro.. jangan la kata I ni terer pasal investment/financial. Biasa-biasa je. Apa pun ada benda yang u tahu tapi I tak tahu dan begitulah sebaliknya. Apa yang penting ialah kita saling bertukar/berkongsi maklumat/info tentang sesuatu yang kita tahu. Anyhow, ‘TOPMAN’ tu.. Tak termampu untuk I pakai jenama tu.. hehehe.
Ariff
1 October, 2011 at 8:24 pmTopman tu ganti baju raya yang tak buat tahun ni. Oklah tu kan..
Pacifista
1 October, 2011 at 5:10 pmtakpe la bro.ko citer je pasal kewangan ni sekali sekala.aku tak la pandai sangat pasal ekonomi ni.jadi sekurang2nya aku boleh belajar kat sini jugak :D
namee roslan
1 October, 2011 at 4:13 pmem neways, walaupun blog ni personal tapi entry dia berinfo. (matang). ok je nak tulis pasal pelaburan emas ke apa ke. budak perempuan malas ambik tahu pasal benda macam pelaburan ke apa, tapi bila dah baca..’oh, haah oh haah lah’. tu yang baru tahu. memang scope berbeza2, tu yg seronok baca. kalau macam blog saya, tulis mengarut2 , sampai satu masa orang pun tak nak baca dah.
Ariff
2 October, 2011 at 3:25 amcuma yang pasti, budak perempuan kena pilih bakal husband yang tau pasal benda2 ni. Kalau money managing orang laki fail, memang problematic bila dah kahwin dan ada anak nanti
Tapi blog namee ok what. Ada story, something new to read dan tak banyak emosi. Ramai kot kat situ
Izwan
1 October, 2011 at 2:46 pmaku ikut blog kau sejak April 2010.. memang nampak perubahan dari semasa ke semasa.. nak cerita pasal anak2, nampak menarik gak tuh.. mungkin lagi 3-4 tahun mendatang.. hehe
Ariff
1 October, 2011 at 3:15 pm3-4 tahun lagi. Mungkin lebih lama. huh.. seram gak kalau fikirkan..
syahrilhafiz
1 October, 2011 at 2:14 pmbalik Malaysia lah….bila lagi nak berbakti :)
Ariff
1 October, 2011 at 2:16 pmberbakti ni ada banyak cara. Kalau dapat peluang kat luar, amik pengalaman kepakaran orang luar lepas tu bawa balik Malaysia, buka syarikat dan wujudkan peluang pekerjaan pun dinamakan berbakti gak.
Yang penting, asalkan tak lupa daratan.
syahrilhafiz
1 October, 2011 at 2:20 pmyes setuju~
bagus gak cara tu, semoga apa yang ko buat dipermudahkan…
Jyundoo
1 October, 2011 at 9:00 pmsetuju, “Jangan lupa daratan” :)
azrijohan
1 October, 2011 at 2:10 pm:)