Dah Dapat Cheque Book Maybank Islamic

Reading Time: 2 minutes

haa.. Islamic gitu..

Siap jugak akhirnya cheque book setelah hampir 2 minggu menunggu. Cheque book ni supaya dapat rekodkan kemasukan (dan pengeluaran) duit berkaitan blog dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Statement kewangan ni penting lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang memang susah nak buat loan ni. At least bila ada statement rasmi pendapatan tambahan ni adalah kekuatan sikit kalau nak memohon pinjaman dan sebagainya.

Ada lagi beberapa step lepas ni. Cuma sekarang saya nak kena tunggu dapat pekerjaan tetap je dulu. Doakanlah supaya permohonan saya hari tu berjaya.

Kepada yang nak buat cheque book (current akaun – akaun semasa), langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pilih samada nak buat untuk company atau personal
  2. Sediakan deposit. Deposit adalah berbeza mengikut bank (Maybank RM2000 untuk company, RM1000 personal)
  3. Cari introducer – individu lain yang mempunya akaun semasa di bank tersebut. Seeloknya akaun introducer dah lebih 6 bulan. Terima kasih AE sebab tolong jadi introducer.
  4. Ambil borang dan isikan. Introducer perlu tandatangan dan cop (kalau akaun company)
  5. Hantarkan borang ke cawangan terdekat dengan rumah (personal) atau alamat perniagaan. Pastikan sijil asal pendaftaran perniagaan dibawa sekali (company account)
  6. Bank akan proseskan permohonan. Bergantung kepada cawangan introducer anda, kalau mereka dapat kasi pengesahan dengan cepat, lagi cepatlah siap. Lepas dapat pengesahan, minimum 4 hari bekerja diperlukan untuk cawangan anda keluarkan cheque book tersebut.
  7. Ambil cheque book. Kalau terlupa ambil lebih daripada masa yang ditetapkan, cheque book anda akan dimusnahkan dan dikenakan RM30 untuk gantian cheque book baru.

 


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Dah Dapat Cheque Book Maybank Islamic”

  1. Zarul Umbrella Avatar

    AE …minta tolong introduce gua boleh?? heheh

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      nanti dia mesti nak minta masuk album umbrella

  2. Blogo Avatar

    Susah jugak nak pohon cheque book ni. Terpaksa kena cari introducer pulak tu. Memang org yang dah ade cheque book ni bukan calang2 orang kot.

  3. Hanif Avatar

    Semoga pendapatn bertambah…
    Jika In Out cantik..boleh buat pinjaman drafbank…kekekekeke.
    Globalkan Arif Shah trademark…
    Aku doakan untuk bro..

  4. Hanif Avatar

    Semoga pendapatan meningkat…
    Kalau In OUT cantik …bolehler buat drafbank…kekekekeke

  5. cara buat cupcake Avatar

    Saya baru tahu kepentingan ada akaun macam ni. Senang nanti nak buat pinjaman nanti. huhu.. baru nak daftar company..:)

  6. lAl Avatar

    Syukurlah nak… Moga rezki hg bertambah.. :D

  7. sha Avatar

    bestnya….. agak2 cheque pertama tu untuk payee name apa yeh? mungkinkah payee name is sharidawati? keh keh keh….

  8. woot Avatar

    Haritu nak bukak jugak..tapi mykad malaysia yang begitu berkualiti tu tak leh baca pulak..padahal baru je buat..nak kene renew lagi sebab nak bukak maybank..haiz..sabo je la

  9. akhiyy Avatar

    thanks 4 da info..mmng nak buat tpi tataw cam ne..

  10. Naziman Avatar

    bestnya ada buku cek..saya nak buat la juga nanti..tapi nak bt akaun maybank dulu..takda akaun maybank..

  11. noorsyamsul Avatar

    untuk seorang usahawan memang satu keperluan untuk ada current account. Senang nak monitor duit keluar dan masuk. Thanks bro untuk info dan langkah2 tersebut…

  12. Ekspresi Ruang Avatar

    kena simpan betul-betul buku cek. seeloknya dalam peti besi jika ada.
    kalau bro buka atas syarikat, seeloknya biarkan ada 2 org sbg approval utk tandatangan. kalau cm bro yg masih bujang ni, dikecualikan. kalau dh ada isteri, eloklah berikan isteri sbg srg lg org yg perlu sign. bukan apa, kalau sign srg2 ni, nnt xde counter check perbelanjaan dan tkt org sng tiru sign sbb cuma srg je yg sign.

  13. azmanisma Avatar

    penting tu record masuk keluar bagi yg tak ada pay slip…

  14. akubiomed Avatar

    Macamana perasaan agaknya menulis angka-angka pada sekepin cek? :-)

    1. Sya Isya Avatar

      biasa tulis angka besar2 kat cek masa kerja dulu, cek sendiri belum pernah lagi lah. hehe :D

  15. muazfaris Avatar

    dalam kepala skrg tak fikir lagi pasal bisnes..hehe

  16. hisham Avatar

    kalau follow step by step bro… boleh bukak bisnes gak nih… semoga maju jaya…. cikgu sekolah cakap “usaha adalah tangga kepada kejayaan”…dulu dok terbayang tangga sekolah jer….

  17. Lawrence Vision Avatar

    Berminat juga nak buat CB ni cuma nak cari introducer tu yang masalah sikit, ada alternatif lain tak ariff hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kawan ngan orang bank?

      takde cara lain. memang kena cari introducer

      1. Ahmad Hati Avatar

        Nak buka current account tak perlu introducer pun takpe. Dengan Maybank buka online account pilih branch mana nak proceed. Rm500 je

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          tak pasti pasal tu. mungkin untuk personal tak perlu

          1. Ahmad Hati Avatar

            Ye, untuk personal memang tak perlu introducer

            1. Wizurai Avatar

              betul, personal current account RM500 aje daftar online dan tak perlu introducer…

  18. zul Avatar

    waaa…tahniah2…bukan senang nak dapat introducer tu…kena belanja AE ariff

  19. kimmie Avatar

    lepas ni asyik sign cheque je la ye.

    1. Ahmad Hati Avatar

      Sign pun kena bayar tau. Bila kita issues cheque kena charge sekali

  20. amirfazwan Avatar

    kalau buat akaun semasa ,nnt pakai kad bank yang biasa jugak ek?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tengok bank. ada yang boleh guna kad, ada yang tak

      1. Ahmad Hati Avatar

        Kalau maybank, Kad ATM yang beza yang link ke current account

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          untuk company, kad dia lain. untuk personal account, rasanya boleh link kan acc tadi, guna kad sama

  21. nurmisnan Avatar

    Good 4 u brother.. Moga terus maju.. Gd luck n all d best

  22. Khai Avatar

    Nak cheque sekeping boleh? Isi semua kecuali amount. Ekekeke.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahah.. patutnya aku yang minta kat ko

  23. faizalPj Avatar

    tahniah..ajari aku sifu

  24. Aqif Azizan Avatar

    Tahniah kerana ada buku cek sendiri. Semoga terus maju dalam perniagaan. Insya Allah. :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks a lot Aqif. Masih jauh lagi kalau nak capai tahap macam bro