Cukai Pendapatan Untuk Agen Takaful / Unit Trust

Baru settlekan urusan borang B tempoh hari. Ini borang B terakhir yang ada pendapatan daripada takaful.

Banyak juga yang perlu dibayar sebab masa dapat komisen agen, memang tak tolak apa-apa cukai. Kalau tak silap boleh hantar sendiri anggaran cukai dan bayar ansuran daripada bayar setahun terus. Kalau tak ready nak bayar setahun terus, parah jugak kan. Dah belanja semua, tiba-tiba kena bayar cukai pulak.

Yang tak bayar langsung lagi parah. Jangan macam tu..

Kepada agen yang dah mula nampak income bertambah setiap bulan tu, tanyalah manager anda soal cukai ni semua. Jangan ambil ringan. Cara paling berkesan untuk mengurangkan cukai adalah dengan menguruskan cukai dengan betul sebab kalau tak diurus dengan betul, anda akan terdedah kepada bermacam denda dan penalti.

Lagi satu perihal cukai untuk agen ni ialah manfaat / hadiah daripada syarikat. Kalau jadi agen dan perform, memang akan ada macam-macam insentif seperti gajet dan pakej percutian. Cuma kena ingat, nilai hadiah tu semua akan dianggap sebagai pendapatan dan dikenakan cukai. Jangan terkejut kalau pendapatan yang diterima tiba-tiba nampak banyak dalam borang CP58 walaupun pada hakikatnya komisen yang masuk dalam akaun tak sebanyak yang dinyatakan.

Also kena alert kadang-kadang ada hadiah seperti pakej pelancongan tu biasanya lebih mahal berbanding kalau pilih untuk dapat wang tunai. Kalau benda ni berlaku, seeloknya untuk kurangkan cukai, kurangkanlah ambil hadiah pakej pelancongan sebaliknya ambil wang tunai je senang. Hadiah gajet biasanya lebih untung ambil wang tunai sebab kalau tunggu sikit boleh dapat harga yang lebih murah di pasaran.

Sedikit sebanyak tips daripada apa yang saya faham. Mungkin ada yang salah. Apa pun, silalah rujuk kepada yang pakar atau manager anda masing-masing.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.