Nak Cuba Melabur Dalam Silver

Pada pandangan aku, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menceburkan diri dalam pelaburan silver (perak). Harga silver sekarang adalah dalam lingkungan $30/oz, jatuh setelah beberapa bulan sebelum ni berada dalam linkungan harga $40-$50 /oz.

Maksudnya, untuk harga silver mencecah semula pada paras $40 tu (~ 30% kenaikan) adalah tak mustahil sama sekali. Kalau orang tanya aku bila nak beli, maka aku jawab tunggu bila harga kurang daripada $30/oz, barangkali dalam lingkungan $25-$27, tapi lagi bagus kalau lebih murah kan?

Range harga ni memang tak jauh lagi dah dan aku rasa berkemungkinan besar harga silver akan jatuh pada paras tersebut pada bulan hadapan. Kenapa? Sebab kegawatan ekonomi dunia semakin hampir dan semakin dinanti-nantikan oleh pelabur.

Kenapa pelabur suka kegawatan ekonomi?

Soalan yang agak tak logik, mungkin kejam tapi itulah hakikatnya. Jawapannya mudah, banyak peluang keemasan terbuka luas di sana sini sekiranya anda pandai dan cekap untuk mencari peluang tersebut

Contoh paling mudah, bila ekonomi jatuh, macam-macam saham jatuh. Mungkin saham syarikat penerbangan akan jatuh sebab kekurangan pelanggan dan mungkin saham syarikat penerbangan tambang murah pula akan naik sebab semakin ramai orang mula mencari alternatif lain yang lebih murah.

Bergantung kepada strategi dan kajian kita pada sektor-sektor yang mungkin menenerima tempias yang besar daripada kejatuhan ekonomi, kita boleh merebut peluang tersebut untuk membuat sedikit keuntungan.

Kejatuhan ekonomi wajib diselamatkan dan penyelamatnya adalah kerajaan. Selagi ada kerajaan yang stabil di dunia, selagi itulah mereka akan bertungkus lumus untuk menyelamatkan ekonomi.

Apabila ekonomi bertambah baik (biasanya dalam lingkungan satu hingga tiga tahun), saham yang dibeli pada harga murah tadi akan naik berkali-kali ganda.

Aku bukanlah pakar, tapi ini hanyalah logik mudah yang ramai tak nampak. Idea ini pun diambil daripada pembacaan blog-blog trader yang berpengalaman.

Pelaburan Silver 2011-2012

Silver 1000 oz. hoho..

Mengikut pembacaan aku di forum-forum Forex, ada yang menjangkakan silver boleh naik sehingga mencecah $75/oz pada penghujung tahun hadapan. Lumayan kan? Kalau dapat beli pada harga $25, boleh dapat 3 kali ganda keuntungan.

Mungkin $75/oz agak jauh, tapi kalau dapat sampai $50/oz pun memang cukup banyak dah. Terpulang pada korang, aku dah kongsikan apa yang aku tau melalui pembacaan aku, boleh ikut kalau rasa nak mencuba.

Apa yang penting sekarang, mula kumpulkan modal. Bila ada modal, barulah boleh cerita lebih sikit, betul tak? Tak perlu banyak pun, untuk pelaburan silver, RM 1000 dah boleh dapat 250 gram. Cukup banyak untuk mereka yang baru nak start.

Kalau sesiapa ada twitter, boleh follow tentang perkembangan emas dan perak di sana. Biasanya aku akan retweet apa-apa penting yang berkaitan kalau ada.

Dan kalau ada modal dan inginkan pengetahuan yang lebih tentang pelaburan silver, boleh beli ebook yang ada melalui banner di blog ni. Pengetahuan macam ni memang tak ternilai untuk jangka masa panjang.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

35 Comments