Creating Demand

Mungkin ada yang perasan muka saya terpampang dalam sebuah akhbar hari ni. Kalau tak perasan tu, takpe saya faham sebab memang susah nak percaya muka tak banyak berubah berbanding zaman blog meletup-letup dulu. Kalau jumpa, taulah apa yang saya buat sekarang.

Perniagaan saya lebih kepada mencipta demand. Sebenarnya perniagaan fesyen memang macam tu, hasilkan sesuatu rekaan, pasarkan dengan betul dan boleh jual bila ada demand. Good product won’t necessarily sell if you don’t know how to market it.

Satu yang saya suka sangat pasal perniagaan ni ialah kita hasilkan sesuatu yang baru dengan warisan kita sendiri iaitu songket dan coming soon, tekat emas. Siapa lagi nak angkat martabat warisan ni kalau tak kita sendiri kan?

Projek ni memang hands-on. Daripada pencarian songket yang membawa kami ke serata negara (kalau pergi Terengganu je kadang-kadang tak cukup dan tak jumpa rekabentuk yang sesuai), kepada pemilihan songket sehelai demi sehelai untuk dipadankan dengan rekabentuk beg.

Bila dah ada songket, ada design process dan cutting process yang dilakukan di sini. Lastly, kena pastikan orang Italy tu buat ikut spesifikasi ataupun tidak.

Paling berharga adalah apabila produk dapat dijual ke luar negara dan customer yang beli dapat appreciate apa yang kita buat. It’s a huge satisfaction. Selepas beberapa siri dah launch ni, nampak macam orang luar lebih berminat dengan produk songket ni berbanding orang tempatan. Banyak lagi kena buat untuk increase awareness.

Next heritage project menggunakan tekat emas dari Kuala Kangsar, Perak. Lebih mencabar sebab tekat ni taklah sepopular songket. Cabaran paling besar adalah dari segi harga sebab tekat memang lebih mahal daripada songket, kena tempah ikut helai every piece.

Kepada yang masih clueless, boleh check out The Songket Medley.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

Leave a Reply