
Ini yang terbayang dalam kotak minda aku kalau orang mention "congrates"
Penggunaan perkataan “congrates” ni semakin menjadi-jadi dalam social media. Bukannya apa pun, cuma bunyinya agak kelakar. Kalau baca dalam bahasa Inggeris, bunyinya jadi “kon-grets” dah nak serupa dengan jenama ubat gigi yang digunapakai di seluruh dunia.
Perkataan asal adalah “congratulations”. Cuba tunjuk sikit, mana datang huruf “e” tu? Kenapa pandai-pandai tambah huruf “e”? Kenapa??
Singkatan yang sebetulnya dan diterima di seluruh dunia adalah “congrats” atau mungkin “congratz” (kalau nak rasa hip sikit). Jangan pandai-pandai tukar.
Lagi satu memandangkan kita sedang membincangkan tentang hal ini, perkataan “thanks” pulak. Dah beberapa kali ternampak orang guna “thank” sahaja tanpa huruf “s”. Salah tu. Yang sebetulnya ada “s”.
Ni aku dah ajar, jangan cakap aku tak bagitau. Ingat dan amalkan supaya kalau nak speaking nanti takdelah jatuh air muka depan orang yang kita nak impress, atau kena gelak dengan orang…
P/s Satu lagi cabaran yang ada harapan besar untuk menang. Tengok kat sidebar. Siapa yang rajin tu harap dapatlah membantu.
29 Comments
akubiomed
4 October, 2011 at 11:53 amSejibik seperti jenama yang asli. :-)
LoveHijau
4 October, 2011 at 9:53 amPerkataan congratz biasa la saya tengok, satu lagi kebiasaan bagi komuniti tertentu ,mencipta bahasa yang hanya boleh difahami oleh komuniti tertentu yang disebut bahasa slanga,atau slang language.
Izwan
4 October, 2011 at 1:45 amlagi satu kat sms..
“congra8” dan “thanx” ..
tak pernah plak terfikir sebut congrate ni sama dengan ubat gigi… ha..ha..ha…
Mariuca
3 October, 2011 at 10:37 pmLOL your post made me laugh ha ha.. have a good Monday! :)
namee
3 October, 2011 at 10:20 pmcongrates tu a congrats with a teeth. sebut congrats sambil nampakkan gigi. macam say “cheese” … congrat…TEETH..s….
entah, itu pun my studiomate yang beritahu. haha. tapi taktau kenapa perlu nampakkan gigi. rekaan mereka semata-mata.
Ariff
3 October, 2011 at 10:31 pmhaha.. well somewhat make sense.
Famili Ceria
3 October, 2011 at 5:01 pma’a la..mcm colgates dah sebutan dia…
FARIHAH
3 October, 2011 at 2:00 pmcongrats..hehee rugrats…thanks….
ayu
3 October, 2011 at 1:44 pmsimple mistake yang ramai tak tau…=P itu la pentingnya English Education….(suara Usop Wilcha)
reezluv
3 October, 2011 at 1:02 pmrespek sama ko..hahaa..aku sebenarnya taktau perkataan thanks tu kena ada “s” baru betul..hehehe..baik cikgu..:D
fina
3 October, 2011 at 12:18 pmLagi satu..
Thanks you
Ni pun kesalahan yg selalu dijumpai
Afiffuddin
3 October, 2011 at 5:41 amMula-mula nak tulis Tahniah.. tp bila tengok ramai tulis Congrate so tiru nak tulis sama. Ada kan? Sekali-sekala ubah tulis Arab sikit “Alfu Mabruk”. Hehe
APi
3 October, 2011 at 1:31 amkononnya lebih stail mungkin..
ah bahasa sekarang pelik pelik..
Denaihati
3 October, 2011 at 1:30 amtu belum lagi ambil kira bahasa SMS lagi lah tak faham
Pacifista
3 October, 2011 at 12:44 amdulu masa sekolah rendah,cikgu tanya,’orang putih cakap ubat gigi apa dia?’ dan aku pun jawab, ‘colgates,cikgu…’.wakaka… satu sekolah duk gelakkan aku :P
Umar Faruq
2 October, 2011 at 11:54 pmahhaa.. bongek.. sanggup edit gamba ubat gigi tu.. ahaha..
Ariff
3 October, 2011 at 12:47 amsemuanya demi menyampaikan mesej. hahah
avocado
2 October, 2011 at 11:35 pmbetul betul betul
mcjust~
2 October, 2011 at 11:01 pmMemang agak allergic jugak la dgn error yang macam nih. Rasa nak suruh betulkan tang tu jugak.
Ariff
2 October, 2011 at 11:21 pmSamalah bro. Memang macam tu aku rasa kalau nampak benda2 ni.
Juan
2 October, 2011 at 11:00 pmaku pon selalu tulis thanks, pernah juga terfikir pasal “thanks” ni, tp x tau plak kalau “thank” ni salah, hehe, thanks ariffshah
azman
2 October, 2011 at 10:34 pmHarap ariff menang yer…kami pun untung sama..dah klik link yg DH bagi tu…
*sori lari tajuk lak.thanks :)
Ariff
2 October, 2011 at 10:35 pmyeah. harapnya begitulah.
namaakulynn
2 October, 2011 at 10:32 pmmana dapat pic ubat gigi ‘congrates’ tu ? nice lah.haha
tapi tak pernah jumpa la pulak org ckp congrates. congrats / congratz tu ada la.
Ariff
2 October, 2011 at 10:34 pmbanyak kali dah nampak. Takkan tak pernah? hm..
wahidah
2 October, 2011 at 10:30 pmpart mcm colgate tu x bole bla….hehehe…tp pelik la kalo eja congrates gini…x sesuwaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Ariff
2 October, 2011 at 10:31 pmhahaha.. sempat aku edit gambar. tapi serius, kalau ternampak, memang aku terbayang macam tu.
ekspresiruang
2 October, 2011 at 10:29 pmtulus dan tepat. budak2 skg byk nk speaking blagak2 tp fundamental xlengkap
Ariff
2 October, 2011 at 10:32 pmDiorang ni nak amalkan sesuatu, tapi belajar tak nak dengan betul. Tu yang jadi macam ni.