Ciri Yang Perlu Dilihat Semasa Site Viewing Rumah

Reading Time: 2 minutes

Semasa site viewing kali pertama semalam, agak blank tentang apa yang perlu dibuat. Mujurlah ada dua peneman iaitu AE dan Brader Mil yang dah memang berpengalaman dalam pelaburan hartanah ni.

Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa perkara asas yang perlu dilihat semasa site viewing.

Pertama, periksa suis semua suis elektrik termasuk kipas dan lampu. Pemilik apartment Seksyen 7 ni awal-awal lagi dah suruh handyman dia betulkan kesemua benda ni, jadi semalam nampaklah yang kerja-kerja membaik pulih dan menukar baru suis dan plug dalam progress. Jadi rasanya takde masalah sangat nanti.

Kedua, air. Check air keluar ke tak daripada paip. Kalau air keluar, tengok warna dia. Dan kalau boleh, flushkan tandas untuk memastikan yang ianya tak tersumbat.

Perkara lain yang boleh di-consider. Thanks to officemate abe Saiful

Ketiga apa? Kalau tanya AE dia mesti cakap (yang ni lebih kepada tips sebelum site viewing):

“Kalau agent tu perempuan, kamu check dulu agent tu dah kawin ke belum.”
– Macam mana nak check?
“Masa call tu, kamu tanya dia nak panggil dia ‘cik’ ke ‘puan’. Kalau dia jawab cik, pastikan orang yang kamu bawak masa site viewing nanti kurang ensem daripada kamu”

Dalam kes semalam, akak tu dah kahwin. So tips hartanah yang ketiga ni bolehlah diabaikan.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

19 comments

  1. Kalau untuk pelaburan hartanah saya rasa memadai dengan pemeriksaan yang saudara nyatakan, tetapi kalau berhasrat untuk tinggal menetap periksa sekali habitat bakal jiran anda.

    Masalah timbul apabila kawasan perumahan baru yang tidak tahu siapa jiran seperti yang berlaku kepada keluarga saya sekarang. Jiran saya suka siram pokok pagi dan tengahari. Kakak saya kalau dengar bunyi orang buka grill, cepat-cepat dia masukkan ampaian ke bawah atap.Kalau tak habis basah pakaian yang disidai turut disiramnya. Kakak saya gelar dia bomba sukarela. Positif lah jugak berbanding dia yang menggelar kakak saya penyangak terhormat. Bagi mengurangkan masalah tersebut, saya hantar sebahagian pakaian saya ke kedai dobi.

  2. check juga sudut dinding dgn lantai, macam rumah saya beli ni diding dgn lantai tak 90 darjah.. tak boleh rapatkan almari dgn dinding..

Comments are closed.