Cinque Terre, Italy

img_7994

Vernazza yang paling cantik kat Cinque Terre

Bandar kedua yang saya nak ceritakan untuk siri jelajah Eropah saya adalah Cinque Terre.

Cinque Terre ni apa sebenarnya? Secara asasnya Cinque Terre (five lands) ini terdiri daripada 5 buah perkampungan kecil yang terletak di lembah antara bukit dan menghadap Lautan Liguria. Penduduk asal di sini kebanyakannya adalah nelayan tapi sekarang hanya satu kampung sahaja yang masih mempunyai nelayan. Selebihnya pasal Cinque Terre anda boleh baca kat Wikipedia. Saya nak cerita bab travel di sini.

Small beach kat Vernazza, salah satu perkampungan Cinque Terre. Air laut dia memang sejuk.

Saya sempat pergi ke tiga daripada lima perkampungan kat Cinque Terre ni sebab satu malam je kat sini.

Transportation

How to get there? Paling senang adalah dengan train. Drive boleh, tapi kalau kat negara Eropah ni, biasanya driving lagi mahal berbanding naik train. Jadi sewa kereta hanya bila perlu sahaja.

Asalnya nak posing kat sini, tapi tak berani nak cross sebab Naurah melekat sekali. Jatuh nanti naya je. Anyways, more about our travels can be read here.

Ada beberapa option. Pertama adalah naik train sampai ke bandar La Spezia dan tinggal kat bandar tu. La Spezia ni dalam 15-20 minit perjalanan ke perkampungan Cinque Terre yang terdekat. Ini adalah best option, terutamanya kalau nak anda plan nak melawat Cinque Terre lebih daripada 2 malam. Saya explain lepas ni kenapa.

Perjalanan antara perkampungan dalam Cinque Terre ni semuanya dengan train sahaja. Tak jauh sangat sebab kalau hiking antara bandar pun dalam 3-4 jam paling lama, so kalau naik train lagi cepat.

Just to note. Tiket train mahal sikit ye kat sini sebab kawasan pelanconga. 4 Euro per ticket, valid for 90 minutes travel. Jadi kalau tinggal kat La Spezia, 8 Euro dah habis untuk kos keluar masuk setiap hari.

Safety

Berlakon je tu. Most of the time, melekat kat ayah dia turun naik cerun bukit

Bila bercakap tentang transportation, hal safety mesti ditekankan jugak especially kat sini. Cinque Terre adalah sebuah tourist attraction yang terkenal di seluruh dunia. Manakala Italy ni pulak standard polis dia macam kat Malaysia, kerenah birokrasi banyak tapi police presence tak strong, lebih-lebih lagi kat bandar hujung-hujung macam ni.

It is said that coastal city selepas Cinque Terre sehingga sempadan Italy-France ni agak rundown sikit. Nothing interesting dan kotor. With that, dapatlah gambaran penduduknya macam mana kan. Dan ya, memang boleh nampak keadaan ni. Sepanjang perjalanan dari/ke Nice (cerita pasal Nice lepas ni) memang banyak kali jugaklah macam-macam orang yang naik tren secara haram dan banyak kali jugaklah nampak polis dan konduktor train kejar penumpang haram ni. Haram jadah betul.

Back to Cinque Terre. There was one time masa nak naik tren. Dah petang, memang time orang balik ke La Spezia. Dalam tengah-tengah sibuk tu, wife saya dapat tangkap sorang budak perempuan yang cuba pick pocket orang orang depan kami. Masa orang tu tengah sibuk naik train, budak ni pun berhimpit sekali sambil tangan cuba seluk poket seluar orang tu. Luckily tak dapat apa-apa dan orang yang kena seluk tu pun tak perasan langsung.

The most surprising part is, yang buat kerja ni budak perempuan, maybe dalam 14-15 tahun camtu. Totally unexpected.

So, yes. Hati-hati.

La Spezia – Accomodation

Kenapa tinggal kat La Spezia? Simple. Sebab kalau kat Cinque Terre, mahal woi! Harga dia jauh beza berbanding kat La Spezia.

Sebab kedua adalah ada makanan halal kat La Spezia. Airbnb yang saya ambil haritu betul-betul atas kedai halal yang buka sampai larut malam. Senang betul nak makan. Kat Cinque Terre, rasanya memang tak jumpa kedai halal (at least kat Vernazza, Manarola & Riomaggiore).

Lagi satu sebabnya adalah Cinque Terre ni atas lereng bukit. Tangga everywhere dan bukan tangga yang ikut spesifikasi pembinaan yang standard. Mostly tangga curam. Kalau bawa beg beroda, memang seksa diri sendiri nak angkat beg keluar masuk bandar ni. So bermalam di La Spezia je senang sebab bandar ni normal. Pada saya, ni best solution.

Interesting Spot/Stuff

Kesemua 5 bandar di Cinque Terre ni menarik dan cantik, so you have to visit all of it! In my case, saya hanya sempat melawat tiga je iaitu Vernazza, Manarola & Riomaggiore. Best option untuk melihat sendiri kecantikan bandar-bandar Cinque Terre ini ialah dengan mendaki sepanjang laluan semulajadi antara dua bandar.

img_7995

Vernazza je yang ada natural port kat Cinque Terre, sesuai dan selamat untuk bot dan kapal kecil berlabuh.

Disebabkan Cinque Terre ni adalah salah satu Unesco World Heritage Site, anda dikehendaki untuk membeli trail pass kalau nak gunakan laluan antara bandar-bandar ni. In my case, saya tak beli sebab tak sempat pun nak habiskan satu-satu laluan sehingga ke bandar lagi satu. Most of the time, sekadar sampai suku perjalanan je. Selebihnya naik train. Kalau betul-betul nak hiking sepanjang laluan ni, memang kena spend whole day dan prepare dari segi kasut dan pakaian.

Just to note, kalau nak hike, pastikan anda check samada laluan ni semua dibuka ataupun tidak. Haritu ada beberapa laluan yang ditutup sebab tanah runtuh. Jadi kena buat homework sikit.

Kalau tak minat hiking, just visiting each city pun cukup dah. Setiap bandar berbeza. So go on exploring. Ada beberapa old castle yang dibina di atas tebing menghadap laut di beberapa bandar Cinque Terre. Mesti pergi sini.

Dari segi makanan, boleh try freshly made pesto kat sini. Dikatakan pesto ni asalnya dari Cinque Terre sebab daun basil yang digunakan untuk membuat pesto memang salah satu tanaman utama di lereng bukit di sini. Kami dinner di salah sebuah restoren di Vernazza. Best thing is, restoren ni is family run. Pintu restoren menghadap pintu rumah dan restoren terletak betul-betul di hadapan lereng bukit menghadap lautan Liguria. 5-star view, romantic setting.

Cuma kesian kat orang lain masa kat restoren sebab Naurah bising. haha.. tak boleh buat apa. Makan cepat-cepat supaya cepat balik je. Habis jugak seafood pasta and risotto yang memang sedap. Total damage hanya 50 Euro, setanding dengan setting tempat dan food yang memang sedap.

Basically, pergi ke Cinque Terre untuk menikmati pemandangan bandar-bandar kecil tepi laut yang unik dan berwarna warni. This city offers something very different and unique to itself. Definitely will re-visit this city in the future dengan sole purpose untuk hiking antara bandar-bandar di sini.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments