Cincin Berlian Dalam Perkahwinan Melayu

Bukan emas putih, mahupun kuning, apatah lagi silver. Cincin rose gold bertatahkan berlian pilihan saya.

Apa-apa pun terima kasih kepada pembaca yang bantu saya memilih cincin haritu, ada siap PM lagi gambar cincin pertunangan mereka. Best betul dapat reader yang very helpful dan responsive macam ni.

cincin-berlian

Gambar sekadar hiasan. Ni yang paling mahal saya pegang sepanjang pencarian cincin haritu. Yang dibeli pun lebih kurang macam ni, tapi tak mahal macam ni.

Jadi kenapa cincin ni?

Sebab dah hantar cincin emas masa merisik hari tu. Bosan la kalau ulang balik item sama, maka saya cari yang lain. Jarang orang bagi rose gold ni dan saya rasa untuk cincin, rose gold nampak lagi menarik berbanding white gold. White gold memang cantik bawah lampu, tapi kalau tak cukup pencahayaan, nampak pudar.

Cincin yang ada batu dipilih sebab time tunang la boleh fancy-fancy sikit. Time nikah biasanya orang bagi cincin belah rotan.

Macam mana nak pilih cincin berlian ni? Ciri-ciri yang saya terangkan di sini adalah mengikut turutan berdasarkan kepentingan.

4Cs-of-diamonds

1. Cut

Berlian ni bentuk asal dia macam batu. Ianya dipotong supaya dapat bentuk berlian yang biasa kita nampak. Skill pemotong berlian mempengaruhi kualiti berlian yang dihasilkan dan mempunyai gred tertentu. Beli berlian dengan gred ‘EEE’ atau triple excellent. Tu gred paling tinggi.

Berlian yang dipotong sempurna meninggikan kadar pantulan cahaya dalam berlian tersebut. Dengan itu, barulah berlian tu nampak cantik dan berkilau sepanjang masa.

Lepas dapat berlian yang perfect cut, tengok saiz dia pulak.

2. Saiz

Walaupun saiz berlian ni sangat dipengaruhi oleh bajet, cuba dapatkan berlian yang paling besar berdasarkan bajet tersebut. Bukan apa, lagi besar, nampak lagi berkilau.

3. Warna

Berlian yang paling mahal adalah yang takde warna. Skala warna berlian adalah bermula dengan huruf D (colorless) sehingga huruf Z (light color). Sekali lagi, dalam pemilihan berlian, warna ni tak penting sangat. Antara G, H, I dan J pun ok dah.

4. Clarity

Batu berlian terhasil daripada proses semulajadi dan susah sebenarnya nak cari berlian yang sempurna di mana kandungan di dalamnya padu dan bebas daripada sebarang benda asing.

Nasihat saya, tak perlu tengok clarity clarity sebab teruk macam mana pun gred clarity berlian yang dipilih, pentingkan 2 ciri pertama atas tadi dan berlian yang dipilih dah cukup cantik.

Takde siapa boleh komen apa-apa tentang warna dan clarity berlian sebab dua ciri ni tak boleh nampak dengan mata kasar.

Kepada yang inginkan kelainan, bolehlah pilih cincin berlian ni kalau bajet anda mengizinkan. Yang dah kahwin nak beli untuk isteri kedua pun boleh. Masa kat kedai hari tu ada je couple yang dah kahwin, tapi si suami saje belikan isteri cincin berlian baru. Untunglah..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments