Cermin Mata Macam Harga iPhone

IMG_5052.JPG

 Serius la. Kalau setakat makan gaji camni, takkan nak pakai cermin mata sampai harga RM2,000 kan.

Actually, cermin mata ni hampir percuma. Ini jelah yang mampu. Company bagi benefit RM500, selebihnya pandai-pandai top-up. Benefit RM500 ni akan tolak benefit outpatient RM2,000 setahun.

Pergi kedai cermin mata kat Ikano. Macam biasa ada sale. Tak taulah samada jualan murah betul-betul ke tidak ataupun semua frame tu diorang letak harga mahal supaya boleh kasi diskaun sampai 50%. Apa-apa jelah. Try-try jumpa frame Ray-Ban ni. Cun! Ada gaya hipster sikit.

Frame RM800 lebih, diskaun 40%. Jadilah RM300+

Bila ditanya lens, salesman mula tekan-tekan kalkulator. Bersungguh-sungguh dia kira. Lepas tu dia tunjuk.. RM1,400.

“Ni dah masuk frame ke?”

“Belum, masuk frame jadi RM1,800+”

Kepala hotak. Mahalnya. Tambah sikit lagi dah dapat iPhone 6. Rupa-rupanya dia bagi quote untuk lens hoya nulux EP double aspheric.

“Lens ni bagus, bang. Lagi clear dan fokus lebih besar.. bla.. bla.. bla.. “

Selama berbelas tahun saya pakai cermin mata murah RM300 – 400, takde masalah pun. Nampak terang je. Boleh la nak dapat result power walaupun duduk kat belakang masa kat sekolah dulu.

“Takpelah. Bagi quote dulu. Nanti saya decide” .. memandangkan dah masuk Maghrib masa tu.

Next day datang balik. Terus minta dia quote untuk lens paling murah.

“Betul ke ni bang? Power abang tinggi, frame ni besar. Lens jadi tebal nanti. Kalau dah tebal, berat pulak. Tak selesa nak pakai,” 1001 keburukan dia bagi. Saya dah malas nak layan. Yang penting buat terus. Cermin mata lama memang dalam keadaan yang menyedihkan.

Jumlah semua RM800. Dapat subsidi RM500, jadi saya perlu keluarkan RM300 je untuk cermin mata baru yang membuatkan saya nampak lebih muda walaupun sebenarnya dah memang nampak muda.

Bila pick-up tadi, tengok balik betul ke tebal sangat jadinya? Kalau tebal, boleh guna peruntukan tahun depan untuk tukar lens.

IMG_5054.JPG

Takdelah tebal mana. Selagi lens tu tak terkeluar daripada tepi frame, kira ok lagilah. Ceh.

Jadi rupa-rupanya salesman tu jenis yang nak maximize komisen jualan. Haiyaa.. Lepas ni tau dah. Memang tak beli dengan salesman tu.

Bisnes komisen memang best kalau boleh push barang mahal kat klien. Tapi once client tau yang kita ni jual benda yang dia tak perlukan, memang takde dah returning business.

Sama jugak dalam bisnes takaful, kita dilatih untuk advice berdasarkan apa client perlu dan mampu sahaja. No point kalau push polisi mahal tapi end up client terpaksa stop sebab tak mampu bayar.

Nasib baik company baik hati. Ada company aviation lain bagi RM1,000 untuk cermin mata. Lagi hebat!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments