Cerita Refinance Nak Selesai

refinance-shah-alam

Nak refinance rumah low cost ni ibarat dia macam ni.

Dari belum ada anak sampai orang rumah nak terberanak.

Dari ada satu biji rumah sampai nak selesai lah urusan pembelian rumah kedua.

Dari ada hutang pinjam duit mak untuk downpayment rumah tu sampai nak selesai hutang tersebut sebab bayar ansur-ansur.

Dari pendapatan sebanyak xxxx dah berkali ganda jadi xxxx.

Pendek cerita, lamalah jugak nak dapat duit refinance ni. Taubat nak refinance rumah low cost ni. Lepas ni kalau nak refinance pun tunggu LRT Shah Alam siap dulu.

Siang tadi lawyer kesayangan bagitau surat daripada bank itu dan bank ini dah dapat. Tinggal sekarang nak bayar lawyer fees sikit sebab lepas ni bank akan keluarkan bayaran dan cheque lebihan tadi akan dikeluarkan atas nama saya.

Untuk pengetahuan lawyer fee yang dimasukkan dalam loan biasanya tak cukup dan cheque refinance akan dikeluarkan atas nama owner rumah. Berbeza kalau beli rumah mark up loan di mana cheque lebihan pembelian akan dikeluarkan atas nama lawyer. Jadi lebihan refinance tak boleh guna untuk kontra dengan lawyer /stamping fee yang tak cukup.

Lebihan ni bukan dapat bawak pergi berjoli sakan pun. Duit inilah yang guna nak bayar untuk rumah kedua. Nanti saya cerita macam mana nak beli rumah walaupun takde duit cukup untuk downpayment.

At the same time, rumah kedua pun nak settle dah. Insha Allah bulan 3 ni settle kedua-duanya.

Oleh sebab itu, malam ni pergi makan kat Bombay Palace kat Jalan Sultan Ismail. Nanti saya belanja gambar kat Instagram.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments