Cerita Pasal Konvoi

ariff-shah-konvoi-asia-harley-days

Dulu selalu kagum tengok rider konvoi ramai-ramai. Tapi kagum jelah, nak ikut rider ni semua jauh sekali walaupun kadang-kadang memang rasa macam nak join diorang.

Lalu diberi pulang ikut konvoi Asia Harley Days ni. Amik kau! Orang lain konvoi ulang alik Genting je, ni terus pusing KL-Terengganu-Penang-KL. Orang lain main ratus-ratus kilometer untuk first timer, ni terus dekat 1500 km.

One thing about konvoi ni, makin kecik motor yang ditunggang, makin penat badan. Nasib baik tadi dapat motor yang medium sized, tak terlalu besar sampai sampai saya tak boleh handle dan tak terlalu kecil sampai memenatkan badan pada tahap maksimum.

Walaupun begitu, kaki ni masih lagi rasa macam nak tercabut. Nasib baik jadual riding tadi banyak stop, setiap sejam berhenti. At least boleh stretching sikit-sikit.

Dan event besar tahap antarabangsa macam ni, bilangan Polis yang escort dan marshal yang jaga lalu-lintas memang banyak. At least 8 motor Polis tadi, satu kereta Polis dan 10 marshal yang jaga konvoi. Highway 3 lane pun diorang block lalulintas untuk bagi laluan kepada 150 motor ni.

Alhamdulillah semuanya selamat tadi. Nanti saya cerita lebih detail. Lepas ni dinner dan lepas dinner memang tidur terus la nampaknya. Esok jam 6 pagi dah kena bangun untuk ride ke Penang. Lebih kurang 450 kilometer lagi.

Doakan supaya semuanya selamat.

P.S. Ikuti pengembaraan saya di Instagram, Twitter dan Facebook.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments