Cerita Hujung Minggu

Aku rasa sepanjang aku berblogging ni aku banyak menceritakan pasal hari hari yang aku ada kelas, betul tak? Tak pernah pun kongsi dengan korang apa aku buat pada hujung minggu. Jadi kali ni aku ceritakan sikitlah urusan hari minggu aku kat dunia Moscow yang sedang beku ni..

Biasanya kalau hari Ahad bangun lambat sikit. Yelah.. bila lagi nak bangun lambat. Kalau hari biasa kadang-kadang pukul 6 aku dah sedar, padahal masuk waktu subuh dekat pukul 7:00 macam tu. Banyak benda yang boleh dibuat sebenarnya kalau bangun awal ni. Mungkin sebab aku ni dilahirkan awal pagi (4.30 pagi) yang membuatkan aku ni jenis yang suka memulakan hari aku awal.

Bangun pagi macam biasa kebulur. Tu aku dah pernah cerita dah dulu. Jadi carilah segala apa makanan yang ada. Biasa roti gandum la aku makan. Aku kurang makan roti putih sebab aku baca roti putih ni boleh menambahkan keboroian.. Tak tau la betul ke tak, jadi aku malas la nak amik risiko.

Biasanya time ni komputer dah on. Dulu masa laptop belum rosak lagi best. Laptop aku boleh on sendiri, letak timer nanti motherboard tu yang on kan laptop tu. BUKAN sleep mode. Malam memang shut down macam biasa. Macam tu lagi senang bangun. Bangun-bangun je internet dah connect da (internet pun aku letak script untuk connect sendiri). Huhu~ Bayangkanlah macam mana bergantungnya hidup aku pada internet ni. Tapi bagus gak, kalau takde internet karang aku takde benda nak buat kat sini. Silap-silap boleh sangkut ngan awek Russia. Memang jadi orang Russia la aku (orang Russia = parti, minum, pub, disko, seks) Aku ni iman bukannya kuat sangat, jadi daripada aku sangkut dengan kemungkaran macam tu, baik aku sangkutkan diri dengan internet ni. Kurang-kurang duit dan diri aku takdelah terjejas sangat.

Jadi lepas makan, layan internet sikit-sikit & check earning sana sini aku pun pergi bersenam. Aku nak cuba wajibkan diri bersenam tiap-tiap hari Ahad. Tiap-tiap hari Ahad buat Ab RipperX. Hoho~ nama memang x nak kalah. Tak susah pun, 15 minit je. Amalkan cara hidup sihat ye =)

[vimeo 4077309 301 203]Kalau tengok video ni, aku paling benci buat Fifer Scissors.
Sampai nak menangis kadang-kadang nak buat benda tu..

Sebelum Ab RipperX tu kasi panas badan sikit buat star jump & push up sikit. Then lepas Ab RipperX push up lagi. Kalau rajin buat bridge exercise. Tapi hari ni sebab dah banyak lemak terkumpul masa winter, memang tak larat dah. Ades~ Cukup takut nak balik summer nanti, confirm makan tak hengat dunia punya lepas tu tak pergi gym. Mana nak cari gym RM50 sebulan kat Subang Jaya tu?? Bersenam kat tingkat 10, ada bilik utiliti a.k.a surau. Kat bilik sendiri memang tak muat lah. Bilik kecik bai~ Lagi satu faktor aku tensi hidup kat sini.

Ni bewok (biawak) penunggu kat surau tu.. Huhu~ Ntah sape punya ntah..
Budak-budak ni bawak balik benda pelik-pelik je lepas cuti winter ni.
Ntah dari negara mana la diorang seludup bewok ni..

Agak-agak kalau bewok ni dah besar (kalau korang pernah nampak la bewok yang besar dalam longkang) mana budak-budak ni nak simpan?Kalau dah besar memang aku suruh ko simpan dalam bilik sendri lah. Tak pun lepaskan kat paya beku belakang hostel nih

Lepas bersenam sambung makan half boiled eggs ngan gainer yang aku beli hari tu. Uh~ Nak habis dah gainer tu!! Kopak la aku camnih beli supplement je tiap-tiap bulan tapi takpe, for the greater good. Hehe..

Lepas tu buat apa? Lepas tu aku tulis blogpost yang korang tengah baca ni.

Hari ni aku masak. Ayam pun dah keluarkan dari freezer sebelum exercise tadi. Sepatutnya malam tadi dah keluarkan. Nak tunggu defrost dah la lama. Dah masak karang makan, lepas makan duduk depan komputer ni jelah. Minggu ni assignment takde lagi sebab aku ponteng minggu lepas. Hari Isnin je kot aku pergi kelas minggu lepas. huhu~ Jahat.. tapi nanti bila dah pertengahan semester memang dah takde chance nak tuang kelas macam ni. So grab whatever opportunity available la. Jangan jadi skema sangat..

Ahh! Ada snowfall pulak. Dah seminggu lebih takde snowfall. Tahun ni rasanya budak-budak ni belum lagi buat snowman. Ke dah buat diorang tak ajak aku? Tak.. belum lagi rasanya. Oklah. Sebelum aku merepek lebih jauh, baik aku stop dulu. Selamat V-day kepada sesiapa yang menyambut & Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina.

Kepada awek-awek hot dan comel yang membaca, pakai panties tak? wahahaha~ Gila pervert. Tu la siapa suruh kecoh-kecoh nak buat kempen bodoh macam tu. Merosakkan minda orang, sekarang semua orang semakin pervert. Apa-apa pun play safe ye. *winks*

14 Comments