Kalau baca surat khabar hari ni, Syabas nasihatkan orang ramai supaya tak basuh kereta musim air kena catu ni. Betullah tu, dah teruk sangat sekarang ni, jadi memang wajar semua car wash ditutup buat sementara sehingga catuan bekalan air di Selangor dan KL ni tamat.
Catuan bekalan air akan berjalan sehingga hujung bulan ini disebabkan paras air yang membimbangkan di Sungai Selangor dan empangan Klang Gates. Lebih daripada 400,000 isi rumah di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor akan terjejas daripada masalah catuan air ini.
Takpelah air nak kena catu sebab tak cukup untuk semua orang kata mereka. Cuma satu je saya tak faham, sejak 2-3 bulan ada masalah air ni kenapa taman tema air di Lembah Klang (Sunway Lagoon & i-City Waterworld) masih beroperasi seperti biasa?
Dah check kat laman sosial taman tema air ni, setakat ni memang takde apa-apa notis penutupan. Sebelum ni masa ada beberapa round 2-3 hari air takde pun takde notis penutupan. Saya sempat call salah satu taman tema air ni dan kata mereka hari ni business as usual.
Setakat car wash tu, saya rasa takdelah guna banyak air sangat (walaupun banyak) kalau nak dibandingkan dengan taman tema air ni. Kenapa tak suruh syarikat-syarikat besar ni tutup operasi sementara nak tunggu bekalan air kembali normal?
Mungkin ada yang akan cakap taman tema air ni semua recycle balik air yang mereka gunakan dan mereka ada water treatment plant sendiri (?) untuk guna semula air, tapi mustahil la tak kena top up langsung.
Tak adil bagi pengguna yang terpaksa berdikit-dikit di rumah sebab nak jimat air punya pasal tapi kat taman tema ni orang bermandi-mandian tak ingat dunia. Itupun kalau ada orang. Kalau takde? Air habis tersejat jelah lebih-lebih lagi musim panas macam ni.
Saya nak tengok Syabas ni berani ke tak keluarkan statement dalam surat khabar suruh taman tema air tutup. Takkanlah keberanian anda setakat nak suruh bangla carwash cease operation je?
9 Comments
Car Rental Kuala Lumpur
21 March, 2014 at 8:49 pmrumah sy kt keramat au1 nie sampai hari xde air lg..huhu
hari2 mndi kt masjid muaz
Unknown
8 March, 2014 at 11:03 amMaybe dia tak tukar air? Lps filter guna balik air yang sama. Who know?
Ariff
8 March, 2014 at 5:51 pmStill ada yang tersejat sebab park tu open air. Tapi semalam tengok OU pun kena catuan, so most probably taman tema air ni semua kena sekali
Haffizul Iskandar
4 March, 2014 at 1:29 pmYang memelikkan,adakah benar air itu kurang?
akubiomed
4 March, 2014 at 12:31 amMusim panas kurang aktiviti penggunaan air yang tidak diperlukan.
Hafizul
3 March, 2014 at 1:38 pmEmm dah lama tak basuh kereta..kat sini Alhamdulillah..tiada masalah catuan air…air pun cukup je…semoga krisis di kawasan terlibat tak lama..
Drive Your Own Car To Langkawi NOW!
2 March, 2014 at 10:37 pmSetuju!
Patut diperpanjangkan kepada Rafizi sebagai persoalan untuk difikirkan bersama.
Hafiz Rahim
2 March, 2014 at 10:05 pmSetuju sangat bro..setuju sangat..hahaha.
Edwin SaLam Media
2 March, 2014 at 7:41 pmTaman tema seperti Shah Alam, Wet World masih buka.