Caruman KWSP 8% atau 11% Sesuai Untuk Pelaburan?

 

pengeluaran kwsp

Yang makan gaji sekarang sibuk membincangkan pasal caruman KWSP peribadi sekarang. Mana lagi bagus? 8% atau 11%?

Ok. Ada tiga cara nak tentukan perkara ni.

Pertama. Adakah anda jenis yang tak fikir langsung nak carum KWSP 11%? Kalau ya, betullah tu. Orang yang tak fikir langsung nak carum banyak-banyak ni biasanya yang berpendapatan rendah/komitmen tinggi. Mungkin ada yang tak cukup, jadi dapatlah dicukupkan dengan lebihan duit ni.

Kedua. Dah tau ke nak buat apa dengan duit tu? Macam saya, lebihan ni boleh top up duit belanja saya dalam pasaran saham. Kalau ada alasan munasabah nak gunakan lebihan duit tu, maka teruskanlah dengan caruman 8%.

Ketiga. Adakah anda jenis yang masih tertanya-tanya lagi samada masih nak kekalkan 8% atau naikkan kepada 11% selepas membaca dua point di atas? Kalau ya, maka naikkanlah 11%. Kalau takde alasan, jangan cari alasan. Last-last duit lebihan tu nanti habis entah ke mana.

Saya tak berapa minat simpan duit dalam KWSP. Saya akan cuba keluarkan kalau boleh. Buat apa simpan dalam low yield savings kalau duit tu boleh buat guna aset (hartanah/saham)? Cukuplah dengan simpanan akaun 1.

Implikasi Cukai

Kalau ambil 8%, betullah anda membayar lebih sikit cukai pada LHDN. Sikit je, takdelah sampai tahap jatuh miskin.

Tapi.

Kalau anda bayar zakat pendapatan 2.5% setahun (tak termasuk zakat simpanan, emas, perak), anda akan perasan yang amaun zakat ni lagi banyak daripada cukai kena bayar setiap tahun. Ni saya cakap untuk yang berpendapatan pada tahap biasa-biasa sahaja ya. Yang high income tak tau, kira sendiri.

Zakat ni semua diberikan relief tanpa had untuk pembayaran cukai. Kalau tambah zakat lain seperti zakat simpanan tu semua, memang zakat yang lagi banyak dibayar.

Jadi untuk pembayar zakat, tak perlu fikir dah implikasi pada amaun yang cukai dibayar ni.

Untuk pelaburan, anda tentu mahukan lebih banyak disposable income berbanding duit yang susah nak dikeluarkan macam kat KWSP. Tapi macam saya cakap, kalau takde keperluan / alasan yang valid, tak perlu. Memang duit tu akan habis kat tempat lain.

Juga, untuk pelaburan, anda mahukan keberkatan daripada-Nya. Oleh itu, tunaikanlah zakat.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

28 Comments