Cari Kad Kredit, Personal Loan & Travel Insurance di GoBear

gobear-ariff-shah

Saya pernah tulis tentang guna personal loan untuk bayar sebahagian daripada deposit rumah sebelum ni dan ramai tanya macam mana nak cari personal loan yang terbaik untuk tujuan ini. Kepada yang belum baca entri tu, boleh baca (link) apa yang saya dah tulis sebab tak semua orang sesuai guna cara ni dan ini bukanlah cara terbaik untuk beli rumah. Walau bagaimanapun, ianya masih boleh digunakan kalau anda menepati kriteria yang saya dah terangkan dalam entri tu.

Macam mana nak cari personal loan yang bagus? Personal loan ni boleh didapati daripada hampir kesemua bank komersil, tapi macam mana nak compare plan yang terbaik? Senang je. Saya guna laman web GoBear untuk buat comparison ni.

Website ni simple sangat. Mereka kumpulkan maklumat penting daripada beberapa bank yang boleh bagi personal loan dan bandingkan mana yang terbaik. Jadi tak perlu pening masuk website bank satu-satu untuk cari maklumat. Itu pun kalau maklumat pasal produk ada pada website mereka.

Rata-rata bank sekarang tak letak banyak maklumat pasal produk mereka pada website untuk menggalakkan orang ramai datang sendiri ke branch. Kalau dah pergi branch, lagi senang mereka nak push produk mereka kepada pengguna. Itu antara sebab kenapa laman web macam GoBear ni sangat membantu untuk memilih produk kewangan yang terbaik untuk anda.

gobear-personal-loan-ariff-shah

Bukan setakat produk konvensional, produk yang patuh Syariah berdasarkan guideline BNM pun ada.

Penggunaan GoBear ni adalah percuma. Mereka tak simpan apa-apa maklumat anda samada email atau nombor telefon, jadi don’t worry. Guna GoBear ni takkan kena kacau dengan telemarketer.

Mungkin anda tertanya-tanya macam mana pulak boleh percuma. Simple je. Bila korang klik Apply Now, mereka akan minta beberapa maklumat penting untuk dipaskan kepada pihak bank yang dipilih. Kalau anda jadi ambil apa-apa pakej, caj marketing akan dikenakan kepada bank tersebut. Anda tak perlu berhubungan dengan pihak GoBear langsung. Sales team dari bank yang akan datang kepada anda.

Secara peribadi, saya suka guna website ni samada untuk buat research untuk blogpost seterusnya atau sekadar nak tau kadar faedah personal loan yang ada sekarang dan cari travel insurance untuk business trip saya. Yang nak ambil kad kredit pun boleh guna comparison tool yang ada. Very convenient.

gobear-1

Contoh. Saya nak ambil kad kredit yang bagi cashback terbanyak dengan perbelanjaan runcit RM1,500 sebulan. Saya masukkan maklumat perbelanjaan seperti dalam gambar.

gobear-2

GoBear akan berikan senarai kad berserta potensi cashback yang bakal saya terima dengan perbelanjaan tersebut. Senang kan?

Fyi. Untuk golongan muda yang baru bekerja, boleh try apply salah satu kad kredit ni:

  • Hong Leong GSC. Benefit: 10% cashback untuk tiket di panggung wayang GSC
  • Alliance Younique. Benefit: Sehingga 3% unlimited cashback dan 2x rewards point.

Masa belum kahwin dulu, memang selalu pergi tengok movie dengan kawan-kawan. Jadi saya faham kenapa Hong Leong GSC ni yang terbaik untuk orang muda.

Bagi yang tak minat tengok movie, Alliance Younique card bagi sehingga 3% unlimited cashback pada apa sahaja perbelanjaan guna kad kredit. Kalau buat bisnes online dan selalu guna kad kredit, this is a good card for cashback. Kad ini juga boleh diperibadikan dengan apa-apa imej yang terpilih.

Selepas research semua kad kredit, saya dapati ada lagi promotion lain. Citibank ada berikan travel luggage jenama Condotti kepada mereka yang berjaya apply kad ni. Saya pun ada beg ni satu dan dah bawa travel ke Europe baru-baru ni. Memang tahan lasak.

Untuk HSBC, korang boleh dapat 15,000 AirAsia Big Point selepas kad approved. Point ni boleh guna untuk redeem tiket Air Asia. Kan dah jimat untuk travel tu.

gobear-3

Personal loan pun ada offer sekarang. HSBC Amanah punya rate paling rendah sekarang iaitu 7% setahun. Kalau perlu personal loan banyak sikit, boleh apply dengan Citibank sebab mereka boleh bagi loan sehingga 8x pendapatan bulanan.

Banyak lagi offer yang boleh ditemui kat GoBear ni. Boleh explore laman web GoBear. Jangan lupa untuk check Facebook GoBear dan Instagram @GoBearMalaysia.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

3 Comments