Cabaran TV 84 Inci

lg ultra hd tv

TV 84 inci? wow.. besar tu. Tak taulah mana nak letak tv besar macam tu kalau dapat.

Apa-­apa pun, saya telah dijemput oleh LG Malaysia ke event LIVE LIFE LARGE yang akan diadakan di The Curve Sabtu ini pada jam 10 pagi. Tak sabar nak pergi! Paling best, blogger yang menyertai event ini akan berpeluang untuk memenangi TV 84 inci tersebut!

Tak sabar nak merasai sendiri ciri 3D Cinema Viewing yang ada ada TV 84” Ultra HD ini. Sesi menonton movie di rumah pada hujung minggu pastinya menjadi lebih menarik dengan paparan ultra-HD yang hebat ini.

So kalau sesiapa free, bolehlah jumpa Sabtu ni di The Curve kerana selain event blogger, LG juga mengadakan roadshow sempena pelancaran TV ini. Roadshow akan berlangsung antara 7-9 Jun. See you there :)

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments