Cabaran Menguruskan SME

Ingat senang ke ada syarikat sendiri? Dua benda ni penting kalau anda bercita-cita nak buat bisnes sendiri. Semua bisnes sama. Ni tak sentuh lagi spesific challenges dalam bisnes tu sendiri. Kalau nak deep dive, panjang lagi ceritanya.

Getting business, Creating revenue

Pastinya cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan setiap hari. Memang awal-awal tu nampaklah potensi besar nak buat bisnes, tapi kena sedar realiti bahawa apa yang kita nampak boleh buat duit sekarang kadang-kadang tak kekal selamanya. Itu sebabnya kita nampak bisnes yang trending banyak yang mati lepas trend tu tamat.

Tak salah nak ride trend sesuatu bisnes, tapi kita kena get ready untuk ride trend seterusnya sebab benda yang trending dan panas akan jadi sejuk lama kelamaan. Bagi yang hasilkan produk, produk pula akan sampai ke satu tahap kematangan dan mungkin perlu diperbaiki atau direka semula (reinvent) supaya dapat capai new growth cycle.

Of course, bila trending, kena fikir macam mana nak step ahead of your competitor. Dalam bisnes kena ingat, bukan kita seorang cerdik, ramai lagi yang lebih cerdik daripada kita dan cerdik dalam specialty masing-masing.

Compliance

Kalau dah incorporated tu, compliance kepada akta syarikat dan percukaian is the next biggest thing to think about.

Bila cakap pasal cukai ada dua pulak yang kena comply iaitu dengan LHDN dan dengan Kastam bagi yang ada GST. Bab GST ni saya rasa tak boleh lari dah, kalau revenue besar sikit mesti kena, especially yang buat retail & e-commerce.

So better check betul-betul dan jangan ingat kalau tak declare tu boleh lari. Kena tangkap nanti lagi parah.

Bila dah buat bisnes ni memang kadang-kadang tidur tak lena. Ada je benda yang perlu difikirkan. Lagi baik makan gaji kan? Haha.. Makan gaji nanti hal lain pulak.

So nothing is perfect. Biasalah, hidup ni memang macam tu. Terpulang kepada anda nak pilih jalan hidup yang macam mana. Betullah 9 daripada 10 rezeki tu datang dari perniagaan, cuma cabaran yang datang tu pun lebih kurang 9 kali ganda jugaklah daripada makan gaji.

Sorry gambar tak berkaitan. Saje cari gambar yang menenangkan jiwa sebab siang tadi pergi kelas belajar kira cukai korporat. Banyak betul cukai kena bayar, memang perwira negara!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

2 Comments

Leave a Reply