Bus Rapid Transit (BRT) KL – Klang

shah alam LRT BRT

Peta jajaran LRT3

Semalam cerita pasal DASH, elok pulak hari ni keluar berita pasal BRT KL – Klang bakal disiapkan pada tahun 2018.

Mungkin ramai tak tau pasal BRT ni. Saya cadangkan kalau nak tau, pergi sendiri ke Bandar Sunway dan try sendiri. Kemudian bayangkan benda ni akan dibina sepanjang Federal Highway dari KL ke Klang.

Lagi hebat pasal BRT ini ialah ianya dibina untuk diintegrasikan dengan laluan LRT dan komuter sepanjang Federal Highway. Bila ada integrated system macam ni, lagi besar kawasan liputan sistem pengangkutan awam. Masalah sistem pengangkutan awam kat Lembah Klang sekarang adalah kawasan liputan yang terhad, jadi tak ramai boleh dapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

Apa-apa pun, tak payah fikir bagus ke tak sistem pengangkutan ni. Ada orang lain dah tukang fikirkan, ada pula pihak yang tabur duit untuk pembangunan ni. Sebagai pelabur hartanah, kita beli di kawasan yang bakal dapat manfaat daripada pembangunan. Senang je.

brt kl klang

Walaupun lokasi stesen BRT KL-Klang ni belum confirm lagi, bolehlah gunakan peta jajaran LRT3 untuk mengetahui kawasan berpotensi tinggi menerima manfaat daripada BRT.

Contoh lokasi yang dah dapat manfaat daripada BRT adalah Mentari Court di Bandar Sunway. Mentari Court ni sebelah Federal Highway dan LDP, ada stesen komuter. Tak hairan budak-budak sublet jadikan tempat ni sebagai lubuk sebab penyewa kat sini tak pernah putus. Dengan adanya BRT, permintaan penyewa bertambah sekaligus menaikkan harga hartanah di kawasan ini.

Jadi dengan model yang sama, kita cari pula apartment yang terletak di tepi Federal Highway dan bakal menerima LRT3, BRT atau kedua-duanya. Personal favorite saya Puri Aiyu kat Batu Tiga, Dataran Otomobil dan sebuah lagi yang saya tak nak reveal lagi sekarang sebab saya ada plan nak beli kat kawasan tu. Kalau bagitau nanti banyak pulak pesaing masa saya nak membeli nanti.

Shah Alam akan berubah menjelang 2020. Harga sekarang masih lagi masuk akal, belum melampau kecuali di beberapa tempat. Sesiapa yang tinggal / kerja di kawasan ni patut ambil peluang keemasan ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments