Bulan Ramadhan – Bulan Kurangkan Lemak

Kurangkan masa yang diluangkan di bazar Ramadhan..

Kalau korang mencari bulan yang paling senang nak jadi kurus atau nak kurangkan lipatan-lipatan berlebihan kat perut tu, gunakan bulan Ramadhan yang mulia ni untuk capai target tu. Rajinkan diri bersenam di bulan puasa ni. Terutamanya pada waktu petang sebelum berbuka.

  • Bila korang luangkan masa sejam untuk bersenam pada waktu petang di bulan Ramadhan ni, korang sebenarnya mengurangkan masa yang diluangkan di bazar-bazar Ramadhan ni. Dengan itu, takdelah terbeli macam-macam sebab dah 2-3 kali tawaf bazar Ramadhan tu.
  • Dari segi kesihatan pula, bersenam waktu perut kosong ni lebih baik sebab tenaga yang diperlukan untuk bersenam akan diambil dari simpanan lemak dalam badan. Jadi berkurang la lemak dalam badan tu sebab dah digunakan.
  • Untuk lelaki yang nak cepat dapat six pack, rajin-rajinlah buat sit up dan segala senaman abs supaya pembakaran lemak dapat ditumpukan pada bahagian perut. Oh, boleh juga diamalkan oleh kaum perempuan, takkan nak perut berlipat lak kan..
  • Satu efek kalau bersenam sebelum berbuka ni, contohnya kalau ikut pengalaman aku buat 50 kali sit up sebelum berbuka ni, time berbuka nanti confirm makan sikit punya. Seolah-olah macam kantung perut tu mengecut dan nak makan banyak pun tak boleh. Cuba try sendiri kalau tak percaya.

Semoga Ramadhan ini menjanjikan kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan dan rohani anda =)

2010/2011 Premium Sponsor

40 Comments