Bukalah Lebuhraya Seluas Mana Pun Traffic Jam Tetap Akan Wujud

1. Di Jerman, penduduk di sana boleh pergi kerja naik basikal je. Naik basikal ke stesen keretapi dan naik keretapi ke tempat kerja.

2. Di Russia, walaupun tren antarabandar disini agak perlahan (lebih kurang macam komuter) namun kekerapan tren tiba masih mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3. Penduduk di sini ada yang mengambil masa sehingga 3 jam perjalanan untuk pergi dan pulang dari tempat kerja kerana tren antarabandar yang lembab. Tapi disebabkan murah dan sistem pengangkutan awan yang menyeluruh, mereka sanggup. Bukti bahawa tak kisah lembab ke laju, asalkan ada kemudahan yang menyeluruh dan mengikut jadual yang disediakan, orang sanggup tunggu.

4. Sangat mudah sebenarnya untuk bergerak ke mana sahaja destinasi di dalam Moscow. Tak kisah lokasi tempat yang hendak dituju tu terletak di ceruk mana pun, namun masih boleh dicapai melalui perkhidmatan awam. Ini adalah sesuatu yang mustahil kalau di Lembah Klang.

5. Coach tren di luar negara lebih kurang 1.5 kali lebih besar berbanding di Malaysia. Mungkin disebabkan saiz badan orang disini lebih besar dan mungkin juga untuk membolehkan lebih ramai penumpang diangkut. Coach komuter sepatutnya 10-20% lebih besar daripada apa yang ada sekarang.

6. Rakyat Malaysia merungut traffic jam tetap wujud walaupun banyak lebuhraya baru dibuka. Sebenarnya lebuhraya dibuka bukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sebaliknya menyediakan laluan pintas ke sesebuah destinasi.

7. Adalah mustahil untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dengan melebarkan atau membina lebih banyak jalan sekiranya bilangan kenderaan di atas jalan bertambah pada kadar yang sangat tinggi setiap tahun.

8. Sistem pengangkutan awam sesebuah bandar dianggap lengkap apabila rakyat tidak perlu memiliki kenderaan sendiri untuk kegunaan harian dan bekerja.

9. Sebagai sebuah negara yang ingin mengejar status negara maju pada tahun 2020, sistem pengangkutan awam kita masih lagi terkebelakang. Sesuatu yang patut diperbaiki secepat mungkin.

53 Comments

  • geng lepak

    24 October, 2011 at 1:09 am

    Lagi suka naik public transport kalau nak ke KL..tapi kalau terpaksa berasak asak dengan rata rata geng geng bangla dan indon plus kena tunggu lama, memang rasa tak berbaloi…bab tak menyeluruh tu satu hal…kalau nak naik tren kena drive kereta ke stesen, then kena bayar parking RM5. Kalau nak naik bas rapid g stesen, guna kereta ambil masa 15 minit, guna bas amek masa sejam setengah tak termasuk tunggu…tapi bila pikir terpaksa mengharungi jam bila masuk KL, hmmmm…ke KL bila dirasakan amat amat perlu sahaja…if not, merewang di The Mines or Alamanda pun cukupla…

  • Oil and Gas Blog

    20 October, 2011 at 2:39 pm

    Kalau nak naik basikal pergi kerja kat Malaysia nie tak praktikal sebab faktor cuaca yang agak panas. Lagipun kat office bukan ade tempat nak mandi pun kalau dah berpeluh-peluh nanti.

    Salah satu cara yang GOV boleh buat ialah dengan memperbaiki sistem pengangkutan awam. Diharapkan dengan pembelian coach tambahan untuk komuter dan juga MRT nanti dapat la mengurangkan sedikit kesesakan kan KL nie

    Sabo je la hari-hari traffic jam..rugi masa di perjalanan pg kerja je.

  • shidaidris

    18 October, 2011 at 7:29 pm

    soooo true, kalau kerajaan improve public transport kat kl ni at least, aku g keje mesti naik public transport. ni kat ttdi yang ada cab dan bas yang akan pusing-pusing sangat lama

  • Sobri Mansor

    18 October, 2011 at 10:59 am

    Rasanya sekarang ni, sistem pengangkutan kat Malaysia ni dah semakin ok berbanding dulu. Pengangkutan awam macam LRT, komuter pun dah tak sesak lagi dah sebab dah ditambahbaik sistem perjalanannya. Cuma pergerakan dalam bandar sahaja la terutama kawasan lembah klang. Cuma yang menjadi isu traffic jam jer la.

  • msbmna

    17 October, 2011 at 10:52 pm

    Peruntukan kewangan untuk pengangkutan awam sejak zaman Pak Lah sampai sekarang tak tahu ke mana pergi hasilnya. Berapa tahun dah sebelah Puduraya tu nak siap?

  • Denaihati

    17 October, 2011 at 8:16 pm

    sangat berharap M’sia adakan pengangkutan awam yg cekap n menyeluruh mcm negara baru yg ade keretapi/monorail etc disetiap bandar/pekan walaupun bandar kecik. banyak faedahnye-jln kurang traffic jam, jimat minyak n banyak lagi tu.

    • Ariff

      18 October, 2011 at 5:08 am

      Dapat keretapi atau bas yang ikut jadual tetap dengan kekerapan yang lebih tinggi pun jadilah. Tapi cakap kerajaan tanggung banyak subsidi, dengan cara memperbaiki perkhidmatan awam, dapatlah mengurangkan penggunaan kenderaan sekaligus subsidi minyak

    • Ariff

      17 October, 2011 at 8:16 pm

      Masalahnya pengangkutan awam kita tak menyeluruh. Lebih mudah dan menjimatkan masa kalau ada pengangkutan sendiri. Tempat lain, perkhidmatan pengangkutan awam mereka releven sebab menyeluruh dan boleh sampai on time.

  • zik

    17 October, 2011 at 6:02 pm

    bila dikawasan pusat.. memang akan berlaku juga trafic jam… disebabkan kepadatan dan juga pengurusan aliran jalan yang mungkin tak berapa efficient… kena tanya datuk bandar ler..hehe

  • Pereman

    17 October, 2011 at 5:28 pm

    sistem pengangkutan di Malaysia memang sudah lama perlu di naik taraf… bukan pengangkutaan beberbentuk fisikal sahaja perlu dinaik taraf, tetapi mentality pemandu-pemandu juga perlu dinaik taraf. Seperti bas driver dan etc. Kalau canggih mana pengangkutan, tetapi kalau mentality sesetengah bas driver seperti kelas dunia ketiga, baik tak payah…

    Mase saya di UK, saya sungguh kagum dengan bus driver mereka, mereka hanya berhenti di tempat yang disediakan, bukan seperti sekarang, mereka boleh berhenti sesuke hati.

    Kalau lambat tu tak payah cakap. Laluan bas juga penting untuk memastikan perjalanan bas mengikut schedule. Lagi satu, penmbanggunan infrastructur pengangkutan perlu sejajar dengan peningkatan penduduk khasnya di kawasan-kawasan bandar.

    Strict kan kawasan2 sesak di Kuala Lumpur seperti tempat dilarang memandu kereta.

  • jeff backer

    17 October, 2011 at 11:22 am

    Tau sebab apa kerajaan tak mahu sediakan pengangkutan awam yang lengkap? Sebab kalau pengangkutan awam lengkap sehingga rakyat tak perlu pakai kereta, alamat merudumla Proton dan Perodua punya jualan kereta. Diorang harapkan rakyat Malaysia la beli kereta dia. Stesen minyak akan mengalami kemerosotan pendapatan. Syarikat konsesi tol akan rugi setiap tahun, syarikat parking kereta dalam bangunan pejabat akan rugi. Tapi syarikat tren,bas dan teksi akan untung.

  • paeh

    17 October, 2011 at 10:16 am

    Rakyat Malaysia merungut traffic jam tetap wujud walaupun banyak lebuhraya baru dibuka. Sebenarnya lebuhraya dibuka bukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sebaliknya menyediakan laluan pintas ke sesebuah destinasi.

    laluan pintas selalu kena bayar. dan orang malaysia sanggup bayar kereta mahal tiap2 bulan. tapi byar tol tak sanggup pula untuk lalu jalan pintas. sanggup harung jam. kihkih

  • Noriz

    17 October, 2011 at 8:30 am

    suka dgn point no.4 tu…

    just like singapore, takde tempat dia yg tak leh smpi dgn public transport, plus mereka ada mrt yg sememangnye laju dan tepat masanya…

  • naihusna

    17 October, 2011 at 12:25 am

    betul tuh..tak guna dok luaskan jalanraya..tambah highway byk2..tapi kereta baru makin banyak yang keluar…tetap jem..biasanya masa perayaan…highway yg seluas2 tu pon bleh jem…haishh…
    selalu berangan bilalah negara kita ni akan ada sistem keretapi yang menghubungkan kawasan utara-selatan-timur-barat..sebab negara ni ada potensi nak buat macam negara luar..Malaysia ni bukanlah besar sangat…takdelah bergunung-ganang sangat..banyak kawasan tanah-pamah..kalau sistem tu dah ade nanti..memang konfem jual kereta terus….hehe..

  • Dila.13

    16 October, 2011 at 10:13 pm

    Banyak mana pun kita beri pandangan dan hint kepada kerajaan, keadaan kesesakan lalu lintas dan prestasi pengangkutan awam tetap akan sama sampai bila-bila kerana “they never learn”! :P

      • penggunakomutertegar

        16 October, 2011 at 11:10 pm

        yup!!!!loads…loads of improvement needed…xgune gak tambah sistem baru tp sistem yg ade skang masih di takuk lame…xpernah improve….huhuhu..harap sgt PM ngan menteri pengangkutan dpt rase naik komuter time peak hour tanpa ade bodyguard…rase penderitaan pengguna2 komuter…br la ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’…

        • Ariff

          18 October, 2011 at 5:12 am

          Aku pun pengguna komuter tegar. Diri sendiri dah rasa bagaimana seksanya naik komuter tu. Patut orang politik ni pergi rasa sendiri baru boleh cakap.

  • shahrul

    16 October, 2011 at 4:33 pm

    cuaca kita tidak mengizinkan kita guna basikal ke tempat kerja. sesuai beriadah saja.

    Pengangkutan awam perlu diperkasa barulah org awam x bawak kereta dah.

  • Lord Zara

    16 October, 2011 at 4:28 pm

    Letak 10 lane highway pun kalau sikap primitif masih diamalkan di atas jalan raya, tak guna juga. Sebab itu aku ada terbaca, kalau sikap primitif tak dapat dibuang lagi, manusia begitu jangan diberikan dengan teknologi automotif yang tinggi.

  • ekspresiruang

    16 October, 2011 at 3:31 pm

    setuju sgt2. time kt german dulu mmg sgt kagum dgn efisiensi public transport kt sana. even kalau train terawal seminit, train tu akan stop dulu kt hujung bdr supaya dia xtersampai awal dan just on the dot je sampai.

  • Jyundoo

    16 October, 2011 at 3:29 pm

    Setuju sangat dengan bro. Gerabak kena dibesarkan, kekerapan kena di banyakkan, dan tingkatkan kecekapan bus dan teksi. mesti org suka naik pengangkutan awam. sebab apa ramai suka naik ERL walaupun mahal, sebab laju, selesa dan jadual perjalanan yg efisen.