Buka Puasa GengBlogger @ Dataran Shah Alam

Bersama si cantik manis Ajwin Ajeera. Ehem.. Nasib baik ko datang Ajwin =)

Alhamdulillah semalam telah berlangsung aktiviti berbuka puasa GengBlogger yang bertempat di Dataran Shah Alam. Sebelum itu berlangsung pertandingan bowling GengBlogger di Plaza Alam Sentral yang tak sempat aku hadiri. Dah training banyak kot. Takpe.. takpe.. ada masa nanti kita bertarung lagi di bowling lanes ye.

Pertama sekali terima kasih tak terhingga kepada Joegrimjow sebab menganjurkan event macam ni. Kalau nak harapkan aku ni, memang susah la sebab problem aku paling besar adalah transportation. Susah kalau ‘takde kaki’ bila duduk bandar macam ni. Nasib baiklah ada part time driver aku Syahirul yang sanggup mengangkut aku ke sana ke mari sejak first time aku sampai sini dulu untuk gathering pertama, beberapa gethering & lepak bersama blogger yang lain (Mandi-manda di Sungai Gabai & Memanjat-manjat di Shah Alam Extreme Park ). Terima kasih yang tak terhingga kepada ko. Lepas ni kalau ada lagi lepak-lepak menjelang merdeka aku payung ko lah bro. hehe~

Pada masa yang sama, aku juga ada dengar yang Ayie pun ada menganjurkan gathering GengBlogger di Johor. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Aku terharu dengan semangat blogger-blogger nih, dalam kesibukan kehidupan harian pun dapat menganjurkan aktiviti macam ni. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menghadirkan diri ke gathering macam ni. Aku harap gathering macam ni tak stop setakat ni aje, teruskan. Sedih gaklah sebab aku tak dapat join dah lepas aku blah ni, tapi daripada benda ni stop terus macam tak best lak kan.. Jadi sila teruskan.

Oklah… banyak kot membebel. Jom tengok gambar.

Sebab tak sempat pergi bowling, maka kitorang pergi bazar Ramadhan kat stadium Shah Alam. Terbaik lah! Macam-macam ada. Gambar nih masa Tan Sri Ariff memilih juadah berbuka, ditemani oleh bodyguard dan orang-orang kuatnya..

Sampai awal, takde benda nak buat. Lama pulak budak-budak ni main bowling. Ish.. rugi betul aku tak dapat join. Dari kiri Blowie, Azhar, MK, Eny, Een, Paeh, Ayong & aku. Aku sukalah sunglasses yang aku pakai tu. Cun tak?

Upacara ice breaking. Perlu ni. Ramai yang masih belum berkenal-kenal, jadi sesi ni perlu diadakan setiap kali bergathering.

Semalam birthday Yus, jadi ada upacara pertepungan Yus berlaku malam tadi. Selamat ulang tahun kelahiran ke-26. Dan juga selamat ulang tahun kelahiran ke-23 kepada Zara (hari ini) yang tak dapat hadir.

Macam biasa lepas gathering lepak kat mamak la. Hm.. aku dah nak blah ni kena hargai la saat-saat melepak kat mamak. Kat Moscow mana ada mamak. Bosan! Bar je bersepah. Sengal punya orang Russia. Joegrimjow, Mr. Piratz dan Bro Framestone pun ada sekali malam tadi.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir. Aku tau ramai yang masih segan-segan antara satu sama lain tapi datang gak, termasuklah aku.. saya ni kan pemalu :P Kalau malu sampai bilalah nak berkenal-kenalan kan.. Bukannya apa pun.. Semoga persahabatan yang terjalin melalui perjumpaan macam ni berkekalan sampai bila-bila. Siapa kata kat dunia internet ni tak boleh cari kawan?

2010/2011 Premium Sponsor


80 thoughts on “Buka Puasa GengBlogger @ Dataran Shah Alam

  1. wahhh!!! gambar hangit weh.. hahha..

    melekit satu badan..

    baik ko ngaku riff, ko ade subahat x mandikan budak botak tu dgn tepung??

    • hahahah.. tak nak ngaku terlibat dalam apa2.

      apa2 pun selamat ulang tahun kelahiran ke 26!

  2. Mmg happening smalam hehe…1st time jumpa semua bloggers dan jumpa ariff…hargailah kedai maple sblum anda berangkat ke moscow hehe

  3. LOL!
    Yusenze kena?
    Woot!

    Dan ya, thanks Ariff atas ucapan birthday di atas tu~
    Wee~ ^__^

    P/S : post kau tentang GB berbuka sahaja yang aku baca. well, don’t called me discriminate pada yang lain, but I do have my reason =)

  4. sebabkan ramai sangat semalam, tak berkesempatan nak tego Ariff. padahal ni dah kali ketiga kan jumpa. huhu

    nice ah dapat jumpa semua bloggers yg hadir. yg banyak ku tak kenal actually. semua pun sweet2 belaka, walaupun segan2. hehe!

    next time bilalah dapat jumpa lagi. hukhuk

  5. Aigooooo! Memang segan ah kan nak tegur anda. hahahah^^
    Nway, kawan aku kmslm kat anda. Dia tak dapat datang.
    But, dia suka sangat baca blog anda dari dulu lg~ :)
    Insya’allah lainkali jumpa lg~

    • laa.. ye ke?

      nanti kirim salam balik. semalam memang tak sempat berkenalan dengan semua orang. ish..

      thanks sebab datang tau =)

  6. abg arrif dah takde harapan lagi ker broadband kat malaysia ni?
    satu pun xde yg laju sume nak gak join si kude laut duit bayo mahal-mahal.
    saya udah try si maxis dan sekarang si lembu celcom nak tukar tapi x tau lerr mane lg baik tgk komen org lain sume maki2 broadband kat malaysia ni hapak takder!!

    • erk.. hmm.. ni broadband kat area mana? try survey apa yang orang guna kat area tu la. lagi senang macam tu.

    • ala… takpe2. Lain kali mesti dapat pergi.

      Aku pun tension gak balik Moscow ni mesti tak dapat pergi gathering lagi dah.

  7. yeah! Best gila semalam.kitrang datang awal kat plaza alam sentral tapi pi layan karaoke dulu pastu lambat pi naik tempat boling.alih2 kena buat group sendri untuk main.ape2 pon semuanya happening.hehehe.jumpa lagi kawan2!!

    • haha.. sempat karaoke.. ni karaoke ngan azizan kadir sekali ke? geng bertiga tu memang rajin karaoke.

  8. hehe.. Kak zaraku sayang.. same birthdate with me..

    hmm.. bahagian tengah sudah, bahagian selatan sudah.. entah bila nak buat gath kat utara.. huhu.. bz oh bz..

  9. kenangan pertama bersama gathering gengblogger..memang segan sebab 1st time join..datang pun sorang jer, sorang pun tak kenal..dapat jugak jumpa ariff =)